Aafiyat Lifestyle: Kebaikan Jus Buah Delima Untuk Juadah Berbuka Puasa
Kalau anda ke bazar sangatlah RARE untuk melihat balang air yang menawarkan jus delima. Kecenderungan air popular pada bulan Ramadhan adalah jualan air seperti air katira, namun begitu pada masa kini Jus Delima juga semakin ramai peminatnya.
Antioksidan yang ada dalam Delima boleh melawan radikal bebas yang merosakkan sel dalam badan kita. Kerosakan sel akan mengakibatkan pelbagai penyakit termasuklah kanser dan penyakit jantung. Selain kandungan antioksidan, delima turut membantu menurunkan kadar kolesterol dalam darah.
Tak dinafikan, makanan yang tersedia di Bazar Ramadan kebanyakan tinggi kolesterol dan sedap-sedap belaka, admin sendiri pun rambang mata kalau ke bazar.
Selepas seharian menjalani ibadah puasa dengan mengambil jus buah delima sebagai juadah berbuka, ia dapat mengembalikan “Refreshing Mood” dalam badan kita serta membantu untuk lebih bertenaga bagi menjalankan ibadah di malam hari.
Tak hairanlah kini, Jus Delima cukup popular untuk dijadikan sebagai jus minuman terutama sewaktu berbuka kerana kebaikannya yang tidak disangkal lagi. Jadi marilah kita amalkan jus buah delima ini.