Aafiyat Lifestyle: ‘Skip’ Sarapan Membawa Penyakit? Betul ke?
Ramai yang mengambil mudah akan kepentingan sarapan pagi kepada kesihatan tubuh kita. Sedangkan ia merupakan waktu makan yang penting dan boleh mengelakkan datangnya penyakit seperti gastritis.
Jangan pula kita tak tahu bahawa ketika kita bangun tidur, paras glukosa dalam darah agak rendah.
Jadi, dengan pengambilan makanan berkhasiat dan seimbang sewaktu sarapan dapat membekalkan tenaga mencukupi bagi memulakan hari dengan lebih cergas.
Tidak perlu mengambil makanan yang terlalu berat. Cukup sekadar sekeping roti dan segelas susu bagi mengalas perut anda.
Tidak cukup dengan itu, kajian yang diterbitkan Jurnal Penyelidikan Obesiti mendapati 78 peratus responden berjaya mengurangkan dan mengekalkan berat badan dengan pengambilan sarapan secara berterusan.
Jadi, janganlah kita abaikan pengambilan sarapan pagi biarpun kita sedang mengamalkan diet!
1. Mengalas perut di waktu pagi
Amalan pemakanan tanpa mengikut jadual boleh membawa kemudaratan kepada diri. Terutamanya boleh mengundang kepada masalah gastritis (gastrik angin).
Perut senantiasa mengeluarkan asid tanpa mengira waktu. Dianggarkan 2 hingga 3 liter sehari asid hidroklorik perut dirembeskan oleh kelenjar dinding perut. (Abdullah D. S., 2018)
2. Memberi tenaga
Meningkatkan semula paras glukosa dalam badan. Ia amat membantu setelah tidak mengambil sebarang makanan selama lapan hingga dua belas jam selepas tidur.
3. Mengelakkan pengambilan makanan lebih banyak dari biasa
Mengikut jadual cadangan tersebut, sarapan pagi merupakan salah satu waktu makan utama yang menyumbang kepada peratusan sumbangan kalori yang tinggi. Ia mengelakkan pengambilan makanan yang lebih banyak bagi mengelakkan obesiti.
Sumber: Panduan Penyajian Hidangan Sihat Semasa Mesyuarat (2nd ed.)
4. Memastikan metabolisme badan pada tahap optimum
Pengambilan sarapan pagi sebelum jam 8.30 pagi dapat memastikan tahap metabolisme badan pada tahap yang optimum kerana kadar metabolisme adalah paling tinggi pada waktu tersebut (N. S. Rozali, 2020).
5. Membekalkan nutrien yang diperlukan oleh tubuh
Sarapan pagi semestinya sangat penting kepada diri kita bagi mengelakkan daripada pelbagai penyakit.
Bagi mengekalkan tahap kesihatan pada tahap optimum, amalkanlah beberapa makanan bernutrisi tinggi ini. Ambillah makanan ini ketika perut kosong.
a) Minyak Habbatus Sauda
Herba tradisi dalam bentuk minyak ini berperanan membekalkan lemak sihat kepada tubuh.
b) Kurma Ajwah
Kurma ajwah merupakan makanan yang sangat tinggi dengan sumber karbohidrat dan serat. Ia juga merupakan sumber zat besi dan pelbagai vitamin kepada tubuh badan. Pengambilannya ketika sarapan sangat baik bagi bekalan tenaga yang optimum.
c) Minyak Zaitun
Lemak baik yang dibekalkan dari sesudu besar minyak zaitun sebelum bersarapan dapat memberikan tenaga tambahan. Selain itu, ia memberi lapisan tambahan pada perut kita bagi mengelakkan dari terus terdedah kepada jus gastrik yang boleh menyebabkan gastritis.
d) Madu
Manisan tradisi ini semestinya akan memberikan bekalan tenaga tambahan kepada anda untuk menghadapi hari yang mencabar.
6. Mengeratkan hubungan antara keluarga
Sarapan bersama-sama ahli keluarga pastinya dapat mengeratkan lagi hubungan kekeluargaan.
7. Membantu pembelajaran sepanjang hari
Pengambilan makanan yang bernutrisi ketika sarapan boleh meningkatkan daya tumpuan anak-anak. Ia amat membantu untuk fokus dalam pengajian atas talian yang mencabar ini.