Info Aafiyat : Kajian Menarik Berkaitan Minyak Habbatus Sauda & Diabetes
Ok, kalau sebelum ni kita dah bincangkan statistik berkaitan diabetes, harini jom kita tengok pula langkah pencegahan serta kajian yang ada berkaitan dengannya.
Antara kaedah bagi menjaga kesihatan daripada diabetes termasuklah gaya hidup sihat seperti;
✅ Pemakanan seimbang dan teratur
✅ Kurangkan pengambilan makanan proses dan lemak trans seperti burger, kentang goreng, makanan pastri serta marjerin
✅ Mengekalkan berat badan yang unggul
✅ Pantau bacaan gula dalam darah sekurangnya 3 bulan sekali
✅ Aktifkan diri serta bersenam sekurangnya-kurangnya 30 minit 3 kali seminggu
Antara yang menarik juga adalah satu kajian klinikal pengambilan Minyak Habbatus Sauda melibatkan 70 orang sukarelawan masalah diabetes Jenis 2.
Pengambilan Minyak Habbatus Sauda sebanyak setengah sudu teh (2.5ml), 2 kali sehari selama 3 bulan menunjukkan kesan pengurangan kadar bacaan gula dalam darah termasuklah bacaan HbA1c
(Hosseini et al. 2020)
Jadi apa maksudnya?
Maksudnya kita boleh meyakini bahawa Minyak Habbatus Sauda adalah minyak sihat yang sesuai menjadi amalan bagi diet harian penghidap diabetes jenis 2 tanpa meninggalkan rawatan sedia ada yang diberikan oleh para doktor.
Apapun jangan terus ambil setengah sudu teh ya, ambil dulu dengan dos 7-11 titis dan pastikan keadaan pengguna sentiasa dipantau. Kemudian tingkatkan penggunaan secara berkala mengikut kesesuaian individu.
Kurangkan pengambilan sodium (garam) dalam makanan termasuklah penggunaan kicap, sos dan lain-lain. Makanan tinggi sodium seperti mee segera, telur masin, ikan masin juga perlu dihadkan terlebih dahulu demi masa depan kesihatan yang lebih baik.
Jom cegah sebelum parah, kita mampu mengubahnya 💪🏻