FOOD COMA : Punca Mengantuk Selepas Makan
FOOD COMA : PUNCA MENGANTUK SELEPAS MAKAN
Ramai di antara kita yang rasa mengantuk selepas makan. Inilah yang dinamakan sebagai food coma.
Terutama jika pola tidur yang tidak menentu (tak cukup tidur), kita mengalami stress dan dehidrasi.
Dalam istilah perubatan, food coma dikenali sebagai postprandial somnolence. “Postprandial” bermakna “setelah makan”, dan “somnolence” bermakna “merasa mengantuk”. Food coma bermakna rasa mengantuk setelah kita makan.
Tetapi mengapa rasa mengantuk sangat? Sampai tak boleh buka mata atau sampai tertidur lama selepas makan?
Ketika kita mengunyah dan menelan makanan, perut kita akan menghasilkan hormon gastrin dan asid perut untuk mencernakan makanan.
Karbohidrat akan dicernakan menjadi glucosa.
Glukosa yang tinggi akan meningkatkan tahap hormon insulin dalam darah. Bagi mereka yang mengalami insulin resistant, gula yang tinggi tidak dapat digunakan sebagai tenaga dan ia menghalang tugas neuron orexin dalam otak yang mengawal kita berasa segar dan tidak mengantuk.
Salah satu cara untuk mencegah food coma adalah dengan memilih makanan yang kita makan.
Jangan terlalu banyak makanan berkarbohidrat tinggi, terutamanya karbohidrat ringkas kerana ia akan menyebabkan kadar glukosa dalam darah menjadi terlalu tinggi.
Mengambil serat dalam makanan seperti sayur dan buah memperlahankan penyerapan gula.
Begitu juga pengambilan cuka teen dan minyak zaitun.
Selain itu melakukan aktiviti fizikal seperti berjalan kaki dapat mengurangkan tahap gula yang terlalu tinggi dalam darah selepas makan.
Ada yang minum kopi bagi merangsangkan rasa segar dan meningkatkan degupan jantung.
Jadi selepas makan jangan terus duduk atau berbaring. Cuba berjalan di sekeliling rumah selama 10 minit.
Ketika berbuka (berpuasa bulan Ramadan) makan ringan dan solat Maghrib dulu.
Ini membantu kita tidak mengantuk selepas makan.
Semoga bermanfaat