Info Aafiyat: Makanan Tambahan (Keperluan dan Risikonya)
Pengamalan diet pemakanan yang sihat amat diperlukan bagi menampung keperluan tubuh (macro dan micro nutrisi) supaya fungsi tubuh berjalan dengan baik.
Akan tetapi jika terdapat kekurangan dalam diet harian, barulah anda layak untuk menambahnya dalam bentuk makanan tambahan.
Keperluan macro dan micro nutrisi setiap tubuh manusia adalah berbeza mengikut keadaan semasa (berpenyakit/ aktiviti harian dan keperluan2 lain)
Makanan tambahan atau suplemen dilihat dapat memberi manfaat kesihatan, namun penggunaan makanan tambahan secara berlebihan dari keperluan tubuh takut ianya mengundang pelbagai risiko. Disenaraikan disini diantara risiko-risiko yang kemungkinan berlaku pada tubuh anda jika:
1) Overdose vitamin C boleh menyebabkan kesan sampingan yang serius seperti cirit-birit yang teruk dan pembentukan batu dalam buah pinggang (yang boleh menyebabkan kerosakan buah pinggang).
2) Overdose viamin E boleh menyebabkan loya dan muntah, cirit-birit, sakit kepala, ruam kulit, keletihan atau kelemahan, pandangan kabur, sehingga masalah di rahim atau testis serta mencetuskan masalah pendarahan.
3) Overdose vitamin A boleh menyebabkan loya, muntah, sakit kepala, pening, penglihatan kabur, dan kurang kordinasi otot dan masalah saraf.
Dan pelabagai lagi risiko yang boleh dilihat. Oleh itu berhati-hati dalam mengambil makanan/ suplemen tambahan anda. Pastikan kombinasinya diyakini tidak akan memberi risiko serta cukup untuk menampung keperluan tubuh sahaja.
Amalkan pencegahan dan pemulihan dengan makanan / makanan tambahan yang telah dikaji dan di konsultasi mengikut keadaan semasa badan dan diet harian anda. Fikir semula:
- Adakah makanan tambahan yang diambil “comply” sepenuhnya Akta Makanan 1983?
- Adakah makanan tambahan yang diambil telah mengambil kira cadangan pemaknan yang sepatutnya mengikut kajian limitas dose (LD50 or LC50) yang telah dijalankan oleh para saintis?
Pilih dan amalkan dengan bijak