Aafiyat Cakna: Bahaya Diabetes di Kalangan Kanak-Kanak
Di Malaysia, jumlah pengidap diabetes jenis 1 di kalangan kanak-kanak semakin meningkat saban tahun. Diabetes jenis 1 lebih berbahaya berbanding diabetes jenis 2. Sel-sel beta yang menghasilkan insulin dalam pankreas dimusnahkan oleh proses autoimun. Oleh itu, kanak-kanak yang menghidap diabetes jenis 1 menghasilkan hanya sedikit atau tiada langsung insulin. Ini menyebabkan glukosa berkumpul di dalam aliran darah kanak-kanak dan menyebabkan hiperglikemia (paras glukosa darah tinggi).
Jom ketahui petanda diabetes pada kanak-kanak:
❗Terlalu kerap minum air
❗Kerap kencing malam
❗Berat badan menurun walaupun makan banyak
❗Lemah dan keletihan
❗Sakit perut
❗Loya dan muntah
Ibu bapa perlu cakna keseriusan penyakit ini. Kanak-kanak harus diajar dari awal mengenai pengambilan makanan yang sesuai terutama karbohidrat dan gula serta digalakkan supaya aktif secara fizikal untuk menjadikan tubuh lebih sensitif terhadap tindakan insulin. Amalkan gaya hidup Aafiyat untuk kesejahteraan keluarga. 👨👩👧👦
Sumber:http://www.diabetesmalaysia.com.my/article.php?aid=283