Diet Anti-Kerandangan Atau Anti-Inflammatory
DIET ANTI-KERADANGAN ATAU ANTI-INFLAMMATORY
Keradangan atau Inflamasi membantu tubuh melawan kuman yang masuk ke tubuh kita dan ia adalah sebahagian dari proses penyembuhan.
Namun, terdapat di kalangan kita yang menghadapi masalah perubatan di mana sistem daya tahan atau immunisasi tubuh tidak bekerja sebagaimana yang sepatutnya.
Ini menyebabkan keradangan di tahap rendah yang berlaku secara konsisten (tetap).
Keradangan yang kronik ini menyebabkan kemunculan pelbagai penyakit seperti psoriasis, rheumatoid arthritis, dan asma.
Meski demikian, pemilihan makanan yang betul dapat membantu menge
awal masalah ini.
Oleh itu kebanyakan pakar nutrisi mencadangkan pengamalan DIET ANTI-INFLAMASI.
Diet anti-inflamasi adalah makanan yang menggalakkan pengambilan
buah-buahan dan sayuran, makanan yang mengandung asid lemak omega-3, biji-bijian, kekacang, protein tanpa lemak, lemak sihat, dan rempah-rempah.
Diet ini tidak membenarkan pengambilan makanan berproses, daging merah dan alkohol.
Diet Anti-Inflamasi juga dikenali sebagai Diet Mediteranean yang diamalkan oleh penduduk di sekitar Laut Mediterranean, dari Morocco hingga ke Turki, dari Itali, Spain dan sekitarnya.
Diet Anti-Inflamasi ini berfungsi sebagai terapi pelengkap untuk mengawal keradangan yang kronik. Antaranya:
rheumatoid arthritis
psoriasis
asma
Penyakit Crohn
Colitis (keradangan usus besar)
lupus
Tiroiditis Hashimoto
Sindrom metabolik
Sindrom metabolik adalah masalah yang berkaitan dengan pemakanan seperti diabetes jenis 2, obesiti, tekanan darah tinggi, dan penyakit kardiovaskular.
Para saintis percaya bahawa keradangan berperanan dalam pembentukan semua masalah ini. Oleh karena itu, Diet Anti-Inflamasi dapat membantu meningkatkan kesihatan seseorang dengan sindrom metabolik dan penyakit autoimun.
Makan makanan yang kaya antioksidan juga dapat membantu mengurangi risiko kanser tertentu.
Diet Anti-Inflamasi mencadangkan :
👉🏻ikan berminyak, seperti tuna dan salmon
👉🏻buah-buahan, seperti blueberry, blackberry, strawberi, dan ceri
👉🏻sayuran, termasuk kangkung, bayam, dan brokoli
👉🏻kekacang dan biji-bijian
👉🏻buah dan minyak zaitun
👉🏻serat
👉🏻rempah-rempah, seperti halia dan kunyit
👉🏻probiotik dan prebiotik
👉🏻teh dan beberapa herbal
Perlu diingat juga bahawa tidak ada satu makanan pun yang akan meningkatkan kesihatan seseorang. Penting untuk mengambil pelbagai bahan makanan yang sihat ke dalam menu harian kita.
Bahan-bahan segar adalah yang terbaik kerana makanan berproses akan mengubah kandungan nutrisi makanan.
Berikut adalah beberapa makanan yang harus dielakkan atau dikurangkan.
👉🏻makanan yang diproses
👉🏻makanan dengan tambahan gula atau garam
👉🏻minyak yang tidak sihat
👉🏻karbohidrat ringkas, yang terdapat dalam roti putih, mee, biskut, kuih muih
👉🏻makanan ringan seperti kerepek dan keropok
👉🏻alkohol
Selain itu, dicadangkan pula menghindari makanan mengandung gluten.
Dicadangkan juga mengelakkan pengambilan tanaman yang dinamakan sayuran nightshade, seperti tomato, terung, cili, dan kentang kerana dapat merangsangkan tindakbalas keradangan.
Semoga bermanfaat.