Tips Aafiyat: 3 Sahabat Baik Jantung Yang Ramai Belum Kenal
Siapa sempat tidur semalam? Angkat tangan 🙋🏻♂️
Eh, apa punya soalan ni, mesti la tidur, rehatkan diri. 😅
Ya, kita memang tidur, tapi bayangkan jantung kita tak pernah ikut tidur, setia berkhidmat sejak kita lahir.
Jadi kenal ke kita dengan 3 sahabat baik jantung ni? Macamana kaedah amalannya?
✅ Minyak Zaitun
Pengambilan Minyak Zaitun Extra Virgin mengurangkan risiko penyakit jantung sehingga 7-10%. Kajian melibatkan 7216 lelaki dan wanita berusia 55 hingga 80 tahun, dengan tempoh susulan selama 4 tahun. [1]
Cadangan pengambilan: 2 sudu besar Minyak Zaitun Olivie Plus pada waktu pagi ketika perut kosong.
✅ Ekstrak Daun Zaitun
Data menunjukkan pengambilan Ekstrak Daun Zaitun memberikan kesan kestabilan tekanan darah sistolik dan diastolik, serta penurunan kolestrol jahat (LDL & Trigliserida). Kajian melibatkan 60 orang pesakit pre-hipertensi, pengambilan selama 6 minggu. Kesemuanya memberikan manfaat dalam penjagaan kesihatan jantung [2]
Cadangan pengambilan: 1 sudu teh Olivie Power Butiran Campuran Ekstrak Buah Zaitun dan Daun Zaitun, malam sebelum tidur.
✅ Jus Delima 100% Asli
2 kajian melibatkan jus delima 100% asli dengan pengambilan 78ml - 170ml sehari menunjukkan pengurangan risiko masalah jantung. [3]
Cadangan pengambilan: 50ml Jus Delima Organik Olive House pagi dan malam sebelum atau selepas makan. (Atau 100ml sehari)
Rujukan: