Aafiyat Cakna: Hipertensi? Darah tinggi?
Anda sering rasa sakit kepala?
Mata makin kabur?
Atau asyik rasa nak muntah dan ada sakit leher?
Jika ada symptom-simptom ini, kemungkinan anda ada petanda mengidap darah tinggi.
Darah tinggi atau Hipertensi telah menjejaskan lebih daripada satu bilion orang di seluruh dunia, dan jumlah itu terus meningkat, menjadikan penyakit ini sebagai masalah kesihatan awam yang serius di seluruh dunia.
Kenaikan berat badan berlebihan disebabkan lemak visceral adalah faktor risiko utama untuk mendapat penyakit hipertensi. Sekiranya bacaan indeks jisim badan (BMI) melebihi paras normal, ini akan membawa kepada peningkatan risiko untuk mendapat tekanan darah tinggi.
Hari ni cuaca cerah🌞 Jom kita start jogging petang ini. Change Now!💪
Rujukan:https://iku.moh.gov.my/images/IKU/Document/REPORT/2015/KenyataanAkhbarYBMKNHMS2015.pdf