Aafiyat Llifestyle: 3 Tips Amalan Senaman Selepas Hari Raya
Puasa sebulan, turun 5kg. Raya seminggu naik 10Kg.
Siapa saja yang tidak risau tentang berat badan yang meningkat ketika musim perayaan.
Kebanyakan juadah raya yang dihidang di rumah sendiri, saudara mara dan kawan-kawan sangat enak. Tu belum kira jamuan raya di pejabat / tempat kerja lagi.
Lama tidak bersenam ketika bulan Ramadan dan beberapa hari selepas Raya, anda harus lakukan senaman yang tidak terlalu berat agar badan tidak terkejut. Lakukan senaman ringan dahulu sebelum memulakan senaman yang lebih berat. Lakukan senaman satu badan (full body workout) dengan menggunakan beban yang lebih ringan (jika menggunakan peralatan beban). Jangan memaksa diri anda untuk melakukan senaman yang berat meskipun anda rasa mampu untuk melakukannya.
Pengetahuan sahaja tidak cukup untuk mendapatkan berat badan ideal, ia harus disertai dengan disiplin yang kuat dan amalkan pemakanan sihat seperti minyak zaitun, habbatus sauda,madu dan makanan organic yang lain untuk mengawal kolesterol dan membantu menurunkan berat badan anda.