Bingkisan Jumaat: Muslim yang Baik
Daripada Abdullah bin ‘Amr RA daripada Nabi SAW bersabda:
"Seorang Muslim yang sempurna Islamnya ialah apabila seseorang Muslimin selamat daripada keburukan lidahnya dan tangannya, manakala seorang muhajir (yang berhijrah) adalah seseorang yang meninggalkan segala yang dilarang oleh Allah SWT.”
(Hadith riwayat al-Bukhari)
Perkataan Muslim bererti orang yang selamat iaitu yang memberi keselamatan dan menerima keselamatan. Justeru, jika seseorang itu tiada sifat selamat dalam dirinya seumpama tiada Islam dalam dirinya.
Tanda-tanda peribadi seorang Muslim yang baik ialah tidak melakukan pekerjaan-pekerjaan yang tidak berfaedah. Allah SWT memuji hamba-hambanya yang pengasih dan penyayang. Muslim yang baik juga berhijrah meninggalkan perkara sia-sia dan tidak berbual-bual dalam perkara yang tidak bermanfaat.
Sama-samalah kita berusaha menjadi Muslim yang terbaik seiring dengan gaya hidup secara Aafiyat🤗