Aafiyat Sharing: Obesiti & Tekanan Darah Tinggi Berpisah Tiada
Mengikut statistik Kementerian Kesihatan pada tahun 2021, satu dari setiap dua orang dewasa di negara ini mengalami masalah obesiti.
Sebab tulah kita biasa dengar yang obesiti bukan hanya masalah kosmetik. Bukan setakat masalah penampilan atau kurang yakin diri. Bukan!
Ia adalah masalah yang mengundang risiko penyakit dan masalah kesihatan lain. Contohnya seperti penyakit jantung, diabetes, tekanan darah tinggi dan kanser tertentu.
Boleh nampak dari mana datangnya darah tinggi? Darah tinggi ni datang bila jantung kita terpaksa bekerja lebih keras untuk mengepam darah ke seluruh tubuh badan yang obes.
Ibarat saluran paip lama yang semakin lama semakin berkarat dan tersumbat, saluran darah kita juga pasti akan mengalami situasi yang sama. Kalau ditekan secara berterusan, satu hari nanti saluran akan pecah dan nauzubilah meragut nyawa.
Nak ubah gaya hidup bukan mudah tapi tak mustahil. Ayuh ikut saya dan warga Aafiyat pilih untuk ‘ Change Now ‘.