Hasilkan Menu Sihat dengan Elaiese
Pilihan di Tangan Anda!
Ya, tidaklah sesusah yang dibayangkan untuk sepinggan menu yang sihat.
Anda hanya perlu bijak memilih ‘bahan’ di dalam sepinggan hidangan sihat tersebut.
Jika ingin mulakan pemakanan harian lebih sihat, mulakanlah di rumah anda!
Apabila anda memasak di rumah, anda akan dapat merancang dengan baik ‘bahan’ yang akan digunakan dan kawal penggunaan garam atau gula berlebihan.
Situasi sebegini amat baik untuk individu yang ada sejarah kesihatan tertentu samada lelaki mahupun wanita ataupun yang lalui fasa penuaan seiring peningkatan usia.
Pemakanan harian anda samada akan menerukkan lagi episod perjalanan hidup atau ‘mengindahkan’ hari-hari anda walaupun fasa penuaan telah tiba.
Pilihan di tangan anda!
Antara perkara penting dalam penyediaan menu sihat ialah kaedah memasak dan tempoh masa penyediaan samada mengekalkan nutrient asal di dalamnya ataupun sebaliknya.
Jadi, kami sarankan kepada anda untuk cuba gunakan ‘Red Palm Oil Elaiese’ ini di ruangan dapur anda.
Elaiese mengandungi Lemak Sihat jenis rantaian sederhana (Medium Chain Fatty Acid) daripada Lemak Tepu yang berbeza dalam sumber haiwan.
Molekulnya lebih kecil.
Elaiese ini tinggi Pro-Vitamin A dan Vitamin E jenis Tokotrienol yang penting untuk pengekalan tahap kesihatan tubuh badan.
Anda boleh gunakan Elaiese ini ketika memasak kerana mempunyai titik asap (smoke point) yang lebih tinggi dan stabil pada suhu yang tinggi berbanding jenis minyak masak lain di pasaran seperti Minyak Kacang Soya ataupun Minyak Kanola.
Menu masakan pastinya terhidang dengan warna yang lebih memikat, rasanya lebih lazat dan nutrient yang padat dengan penggunaan Elaiese ini di dapur anda.
Anda juga boleh nikmati Elaiese ini yang dimakan secara terus kerana profil rasanya yang mudah ditelan.
Pilihan di tangan anda!
Jom nikmati sesudu suapan atau sepinggan hidangan makanan yang bernutrisi tinggi mulai hari ini!