'Work-life balance' dah tak relevan?

'Work-life balance' dah tak relevan?
""Aduhhh...apa lagi la boss ni mintak malam-malam ni? Dia ni tak reti rehat ke"" 

Kesihatan bukan hanya perlu dijaga pada fizikal sahaja, tapi kesihatan mental pun sangat penting.
Anxiety, depresi...bukan hanya tercetus daripada masalah peribadi saja, tetapi ia boleh terjadi akibat tekanan kerja yang melampau.
Ada yang kata, ""buat tak peduli je"". Hakikatnya, akan ada juga yang rasa tak sedap hati bila kerja tak selesai.
Buat anda yang sedang lalui situasi ini, be strong!
Jom mulakan hari baru di tempat kerja dengan semangat baru!


Amalkan tips ini untuk anda atasi stres dan kekal bertahan di tempat kerja

1. Susun jadual kerja harian
2. Rancang kerja dan masa dengan baik. Senaraikan tugasan mengikut kepentingan dan tarikh yang perlu disiapkan.
3. Jika berdepan masalah dengan individu, cuba bersemuka dan cari jalan penyelesaian.
4. Lakukan kerja secara berpasukan serta bahagikan tugas mengikut kemahiran serta kebolehan.
5. Belajar daripada kesilapan, perbaiki diri
6. Apabila waktu rehat, lupakan hal kerja sebentar
7. Sentiasa bersosial dan rajin bertegur sapa
Semoga tips ini dapat membantu anda semua untuk kekal bersemangat di tempat kerja!