Apa Itu Strok Haba Serta Tandanya?
Strok haba merupakan satu keadaan serius yang diakibatkan oleh pendedahan kepada keadaan sekeliling yang panas melampau sehingga boleh menyebabkan badan tidak lagi mampu untuk menstabilkan suhu badan.
Keadaan ini berlaku apabila suhu badan meningkat dalam keadaan drastik dan cepat melebihi 40°C (darjah celsius) atau lebih.
Justeru itu, kita perlu sentiasa berwaspada dengan mengetahui tanda-tanda serta gejala apabila diserang strok haba. Antara tanda-tanda seseorang itu diserang strok haba ialah:
- Denyutan jantung menjadi cepat dan pesakit akan merasa berdebar-debar
- Pernafasan laju dan pendek
- Badan terasa panas dan kering
- Sakit kepala, pening dan kepala rasa berpusing
- Berasa mual
- Peningkatan suhu badan secara mendadak sehingga 40°C atau lebih (suhu badan normal: 36.5°C hingga 37.5°C)
- Tekanan darah menurun (tekanan darah normal: 120-140/60-80 mmHg)
- Tidak sedarkan diri, pengsan atau sawan
Golongan yang paling berisiko untuk mengalami strok haba adalah mereka yang tidak biasa dengan cuaca panas, ini kerana badan mengambil masa untuk menyesuaikan diri dengan perubahan suhu yang mendadak. Contohnya:
- Kanak-kanak dan orang tua berumur 65 tahun ke atas berisiko lebih tinggi untuk mengalami strok haba. Pada kanak-kanak kecil, sistem saraf pusat mereka belum berkembang sepenuhnya, manakala orang dewasa yang berumur lebih daripada 65 tahun mungkin mengalami kemerosotan fungsi sistem saraf pusat. Kedua-dua kumpulan umur juga mungkin mengalami kesukaran untuk kekal terhidrat yang meningkatkan risiko strok haba.
- Senaman yang berlebihan atau penglibatan dalam sukan seperti bola sepak atau larian jarak jauh dalam cuaca panas boleh menyebabkan strok haba. Hadkan aktiviti anda sekurang-kurangnya beberapa hari untuk mengelakkan pendedahan secara tiba-tiba kepada cuaca panas.
- Masalah kesihatan kronik yang sedia ada seperti penyakit jantung atau paru-paru boleh meningkatkan risiko strok haba. Sama juga untuk obesiti, gaya hidup yang tidak aktif dan sejarah strok haba.
Disamping itu, golongan dibawah juga berisiko apabila cuaca panas melampau.
Jom baca lebih lanjut mngenai tips kekal sihat dimusim panas disini: Tips Kekal Sihat di Musim Panas
Rujukan:
1. Heat Wave Status. Available at https://www.met.gov.my/en/iklim/status-cuaca-panas/ [Accessed on 13 April 2023]
2. Extreme Heat. Available at https://www.cdc.gov/disasters/extremeheat/index.html [Accessed on 13 April 2023]
3. Heatwave: how to cope in hot weather. Available at https://www.nhs.uk/live-well/seasonal-health/heatwave-how-to-cope-in-hot-weather/ [Accessed on 13 April 2023]
4. Heat Stress – Heat Related Illness. Available at https://www.cdc.gov/niosh/topics/heatstress/heatrelillness.html [Accessed on 13 April 2023]