• Login
  • Register
Related Topics
Sinergi Bernutrisi untuk Kombo Salam Baitullah 
Tags:
Salam Baitullah

Jenis-Jenis Haji

 
JENIS-JENIS HAJI 
 
Haji merupakan salah satu ibadah dari 5 rukun islam yang wajib bagi yang mampu, ianya bukan atas dasar kemampuan kewangan semata-mata.
 
Maksud kemampuan dalam ibadah haji adalah dari segi kemampuan fizikal, mental, kesihatan dan juga kemampuan dari segi kewangan.
 
Berbeza dengan ibadah Umrah, ibadah haji hanya boleh ditunaikan pada masa-masa tertentu bermula dari bulan Syawal sehinggalah 10 hari pertama bulan Zulhijjah. Akan tetapi, Haji boleh dibahagikan kepada beberapa jenis, di mana ianya membawa makna yang berbeza.
 
 
>> Jenis-jenis Haji
 
1. Haji Fardu 
Dikenali sebagai Haji Islam/Haji Wajib, ia adalah haji yang wajib ditunaikan oleh setiap muslim yang memenuhi syarat-syarat wajib haji sekalu seumur hidup. 
 
2. Haji Badal 
Dikenali sebagai Haji Niyabah dan upah haji, ia adalah haji yang ditunaikan oleh seseorang untuk orang lain menurut syarat-syaratnya. 
 
3. Haji Sunat 
Dikenali sebagai Haji Tatawwu', ia adalah Haji yang ditunaikan oleh mana-mana muslim yang telah menunaikan Haji Fardu. 
 
4. Haji Nazar 
Haji yang wajib ditunaikan oleh seseorang muslim yang telah bernazar untuk menunaikan Haji kerana Allah swt. 
 
5. Haji Qada' 
Haji yang ditunaikan oleh seseorang sebagai mengqada' haji yang fasad pada yang terdahulu 
 
Try visit other page: Aafiyat2u, Olive House, or Aafiyat Mall
  • Home
  • About
  • Directory
  • Dictionary