Soalan Lazim Tocotrienol Softgel (Vitamin E)
SOALAN LAZIM MENGENAI OLIVE HOUSE TOKOTRIENOL 70 MG SOFTGEL
1) Apa kaitan tokotrienol dan vitamin E?
Tokotrienol adalah sebahagian iaitu 70% dari Vitamin E, Manakala, 30 % lagi adalah tokoferol. Tokotrienol sememangnya adalah keluarga vitamin E yang sangat penting. Ia boleh didapati dengan banyaknya daripada minyak sawit dan dianggap sebagai sumber semula jadi yang paling berpotensi untuk meningkatkan kesihatan manusia dan mencegah penyakit.Tokotrienol wujud dalam empat bentuk berbeza: alfa-, beta-, gamma-, dan delta-tokotrienol. Tokotrienol mempunyai banyak kesan yang berbeza dalam badan. Ianya dapat menurunkan tahap kolesterol dan memberikan manfaat kepada kesihatan jantung. Tokotrienol dapat mengurangkan kolesterol tinggi, kanser, strok, penuaan, dan banyak keadaan lain.
2) Kenapa Olive House Tokotrienol sebanyak 70 mg?
Satu Softgel ini mengandungi 70 mg kandungan derivative vitamin E iaitu tokotrienol. Jikalau anda mengambil 2 biji softgel, ini bermaksud anda telah mengambil 140 mg tokotrienol vitamin E.
3) Softgel ini disaluti oleh sumber apa?
Softgel ini disaluti atau dibalut dengan carrigenan iaitu rumpai laut merah yang berasal dari sumber sayuran. Saluti ini juga 100% dijamin Halal dan sangat mudah terurai dalam badan.
4) Apakah kebaikan pengambilan OH Tokotrienol 70 mg softgel?
Antara kebaikan pengambilan OH Tokotrienol ialah:
1) Kesan perlindungan kardio
Tokotrienol menunjukkan keupayaan melindungi jantung. Antara kajian diterbitkan melaporkan keupayaan tokotrienol memulihkan arteri yang tersumbat dengan mengurangkan jumlah endapan kolesterol dalam arteri karotid. Tokotrienol juga membantu merendahkan kolesterol.
2) Kesihatan kulit
Tahap aktiviti antioksidan yang tinggi membolehkan tokotrienol diserap dengan cepat dan menembusi lapisan dalam kulit manusia. Bila dimakan atau disapu, seseorang dapat memiliki kulit yang sihat kerana mendapat perlindungan kesan negatif seperti kanser yang berpunca daripada pancaran UV melanoma dan kesan penyakit kulit lain.
Kebaikan antioksidan inilah yang menyebabkan tokotrienol kini digunakan secara meluas dalam banyak rumusan untuk pembuatan produk kosmetik dan dermatologi.
3) Ciri antikanser
Tokotrienol mempunyai ciri anti-kanser yang tidak ditunjukkan antioksidan lain. Ia bukan saja boleh membantu mencegah kanser tetapi mempunyai keupayaan menghalang pertumbuhan sel kanser dan memulakan apoptosis.
Apoptosis adalah satu proses di mana sel kanser membunuh diri. Menariknya, tokotrienol hanya mendorong kematian sel kanser tertentu sambil mengekalkan sel sihat lain. Keupayaan ini tidak terdapat di dalam tokoferol. Keberkesanan tokotrienol dalam menghalang pertumbuhan sel kanser dikaji secara meluas bagi pelbagai sel kanser seperti payudara, prostat dan pankreas.
4) Pelindung saraf semula jadi
Tokotrienol adalah pelindung saraf yang kuat dan dapat melindungi kematian sel saraf. Pada dos yang rendah, tokotrienol dilaporkan dapat memberi perlindungan terhadap otak
dari diserang strok. Hanya tokotrienol dan bukan tokoferol yang dapat melindungi sel saraf dari penyakit disebabkan tahap antioksidannya yang lebih berkuasa.
5) Untuk mereka yang tiada penyakit, berapakah dos pengambilan yang sesuai?
Dos harian antara 50mg-100mg adalah disyorkan untuk orang dewasa normal (tanpa penyakit kronik) bagi mengekalkan kesihatan. Kajian saintifik menunjukan pengambilan tokotrienol sebagai supplemen sehingga 2500mg setiap kg berat badan tidak memberi sebarang kesan sampingan.
6) Adakah kanak-kanak seawal 6 bulan boleh mengambilnya?
Majoriti pakar-pakar pemakanan mengatakan bahawa kanak-kanak tidak memerlukan vitamin tambahan untuk tumbesaran yang sihat, samada tumbesaran fizikal ataupun untuk kecerdasan minda (IQ). Kebanyakan bayi yang diberikan sama ada susu ibu atau susu formula semenjak lahir telah mendapat khasiat vitamin dan mineral yang diperlukan. Apabila mencapai umur 4 hingga 6 bulan, kebanyakan ibubapa mula menukarkan diet pemakanan dari susu kepada makanan pepejal yang lembut secara perlahan-lahan. Bergantung kepada diet pemakanan yang diberikan, mintalah nasihat doctor sama ada anak puan memerlukan vitamin dan mineral tambahan, jika ada ibubapa tidak dapat memberikan diet pemakanan yang lengkap pada bayi mereka atas halangan budaya, kefahaman tentang nutrisi atau bayi tersebut sendiri mengalami masalah kesihatan.
Walau bagaimana pun, tokotrienol softgel boleh dipecahkan dan di sapu pada badan bayi yang mengalami ruam atau keadaan psoriasis yang teruk kerana tokotrienol bersifat anti radang dan antioksida yang dapat membantu keadaan ruam atau psoriasis yang teruk.
7) Adakah Produk ini berdaftar dengan KKM?
Ya, produk ini telah di daftarkan dengan National Pharmaceutical Regulatory Agency (NPRA) bawah KKM. Produk ini telah mempunyai label farmatag yang tulen iaitu label keselamatan hologram berteknologi tinggi bagi tujuan pengesahan bagi semua produk farmaseutikal yang telah berdaftar.
8) Adakah mereka yang hampir monopouse boleh mengambil produk ini?
Ada beberapa kajian yang menunjukkan bahawa pengambilan Tokotrienol vitamin E dapat memastikan vagina kekal lembap dan mengurangkan kekeringan. Menurut sebuah kajian yang dilakukan ke atas 52 wanita, pengambilan Tokotrienol vitamin E selama 12 minggu dapat mengurangkan simptom vaginal atrophy, sejenis kondisi yang berlaku disebabkan kekeringan pada dinding faraj.
9) Apa perbezaan antara produk minyak sawit merah dan tokotrienol softgel?
Produk minyak sawith merah, dalam satu sudu minyak sawit merah membawa sebanyak 24 mg campuran vitamin E (iaitu tokotrienol dan tokoferol), namun dengan 1 softgel Olive House Tokotrienol ia memberikan sebanyak 70 mg Tokotrienol vitamin E.
10) Apakah sijil-sijil yang ada pada Olive House Tokotrienol 70 mg softgel?
Antara sijil-sijil yang ada adalah Good Manufacturing Practices (GMP), Hazard Analysis Critical Control Point (HACCP) dan Halal by JAKIM.