Storytelling 29.03.2021 : Kelazatan Terserlah Tanpa Perlu Bersusah-payah !
Segment Aafiyat Nutrisi : Kelazatan Terserlah Tanpa Perlu Bersusah-payah !
‘95% rakyat Malaysia terutamanya dewasa tidak mengambil jumlah harian yang disyorkan untuk buah-buahan dan sayur-sayuran,’ - (Tinjauan Kebangsaan Kesihatan dan Morbiditi – NHMS 2019)
Situasi sebegini telah memberikan impak yang bukan sedikit kepada tahap kesihatan rakyat Malaysia terutamanya sejak Pandemik COVID-19 melanda dunia dan negara kita awal tahun 2020.
Pengambilan Sayur-sayuran dan buah-buahan adalah penting dalam menu pemakanan harian yang sihat, dan dengan mempelbagaikan jenis pengambilannya juga sangat digalakkan.
Hasil dapatan daripada ‘Health Ministry’s Institute for Clinical Research’ menunjukkan individu yang menderita Covid-19 di Malaysia adalah pesakit yang mengalami ‘immunocompromised’ iaitu orang yang memiliki sistem imun yang lemah disebabkan sejarah kesihatan tertentu.
Maka, saranan ini sangat bermanfaat terutama kepada individu yang sudah memiliki sejarah kesihatan tertentu agar tahap kesihatan dalam keadaan stabil terutamanya dalam suasana COVID-19 ini.
Seiring dengan tema ‘National Nutrition Month’ pada bulan Mac ini iaitu ‘Personalize Your Plate’, iaitu menggalakkan penyediaan makanan berkhasiat, tetapi dalam masa yang sama dapat memenuhi budaya pemilihan makanan dan juga perbezaan latar belakang kesihatan dan kegemaran masing-masing;
Maka, kami ingin menganjurkan pengambilan Buah Kurma secara harian.
Buah Kurma keluaran Olive House yang kami bawakan untuk anda adalah daripada Madinah dan berkualiti premium, iaitulah jenis Ajwah.
Secara umumnya, Phoenix dactylifera (nama saintifik bagi spesies kurma) dikatakan memiliki manfaat kepada kesihatan sejak beribu-ribu tahun yang lalu. Dengan kepadatan Nutrisi di dalamnya seperti Vitamin B3 (Niacin), Vitamin B6 (Pyridoxine) dan Mineral Magnesium serta sarat dengan Nutrisi penting yang lain ini menjadikan Buah Kurma suatu keutamaan untuk fungsi tubuh badan yang lebih sihat serta menyokong fungsi Sistem Imuniti juga.
Kurma Ajwah keluaran Olive House ini boleh dinikmati begitu sahaja sebagai Snek Berkhasiat ataupun dijadikan minuman seperti ‘Shakes Drinks’ yang disediakan bersama-sama bijirin Avena Sativa iaitu Oat dan Minuman ‘Choco’.
Semestinya minuman sebegini boleh menarik minat anak-anak kita untuk menikmatinya dan ternyata lebih berkhasiat berbanding minuman manis lain yang mengandungi gula tambahan.
Jom dapatkan sekarang Kurma Ajwah eksklusif daripada Olive House dan pelbagaikan menu penyediaannya!
Boost Your Immunity , Protect Your Community ✨