Aafiyat Cakna: Tidak Tidur Malam Boleh Jadi Obesiti?😱
Pernah tak hadapi situasi anak-anak buka peti ais di tengah malam?
Atau korang sendiri yang sibuk menikmati potongan kek coklat ketika jarum jam dah pun di angka 12 malam..
Pernah ke kita terfikir, waktu tidur ni ada kaitan dengan berat badan meningkat?
Sebenarnya, jam biologi tubuh telah pun berubah apabila kita tidak tidur sebelum waktu tengah malam.
Tubuh badan akan alami gangguan pada hormon tertentu seperti Leptin dan Ghrelin. Hal ini akan menyebabkan penurunan kadar hormon leptin dan merembes hormon ghrelin seterusnya menyebabkan tubuh berasa lapar lalu bertindak balas mencari makanan untuk dimakan.
Maka, secara tidak langsung telah berlaku penambahan kalori yang lama-kelamaan akan menyebabkan penambahan berat badan dan obesiti.
Tips untuk tidur yang sihat :
👉Ubah persekitaran bilik tidur yang lebih nyaman dan tenang serta tabiat tidur
👉Elakkan skrin elektronik 30 minit hingga 1 jam sebelum tidur untuk elakkan gangguan pengeluaran melatonin (hormon tidur)
Anda juga boleh amalkan pengambilan Minyak Zaitun yang mengandungi fitokimia semulajadi seperti melatonin, juga Vitamin D serta sumber Lemak Sihat untuk kualiti tidur yang lebih baik.
Jom dapatkan Minyak Zaitun Olive House dengan harga promo berbaloi-baloi sekarang!🥰
Rujukan: Kurang Tidur Punca Obesiti | MajalahSains