Storytelling 28.04.2021 : Ramadhan Pesta Makanan ? Cukup-Cukup Sudah!
✨ Aafiyat Open Mic : Ramadhan Pesta Makanan ? Cukup-Cukup Sudah!
Ramadhan adalah bulan kesihatan, bulan silaturrahim, musim perubahan, masa untuk hilangkan ketagihan, bulan untuk melembutkan hati, bulan keluasan rezeki, dan bulan membaiki institusi keluarga.
Bulan yang ditunggu-tunggu oleh muslimin & muslimat. Bulan yang menjanjikan pahala yang berlipat ganda untuk mereka yang memanfaatkannya dengan sebaik mungkin.
Zaman kanak-kanak dulu meriah betul bila nak sambut Ramadhan. 7 malam pertama terawih tu, masjid & surau sampai melimpah jemaah. Punyalah ramai yang hadir tak kira usia. Riuh rendah dengan suara anak-anak kecil. Seronok kan bila mengenang zaman kanak-kanak.
Jauh lagi kebelakang saat zaman kegemilangan Islam, puasa adalah kemuncak kekuatan umat Islam yang dianggap sebagai bulan pesta ibadah. Pelbagai peristiwa besar seperti Perang Badar juga berlaku dalam bulan Ramadhan.
Tapi itu semua telah menjadi sejarah yang hanya mampu dikenang. Kini Ramadhan dikaitkan dengan keletihan, kelemahan, mengantuk, kurangnya produktiviti dan akhirnya sinonim sebagai pesta makanan.
3 Kesilapan Besar Yang Perlu Anda Elak Untuk Ramadhan Kali Ini:
1) Menghimpunkan makan pagi, tengah hari, petang dan malam pada waktu berbuka. Ramadhan adalah bulan untuk tubuh anda berehat. Melantak sehingga kekenyangan ketika berbuka membuatkan matlamat berpuasa tidak tercapai.
2) Window Shopping di Bazar Ramadhan yang akhirnya membawa kepada pembaziran. Ketika perut lapar, nafsu meluap-luap dan hipotalamus yang bertugas mengawal keliaran nafsu akhirnya tewas.
3) Moreh yang keterlaluan sehingga kekenyangan. Makan selepas jam 10 malam membawa kemudharatan yang besar. Waktu ini tenaga sudah cukup penuh dalam tubuh. Hormon melatonin sudah bersedia untuk dirembeskan jika kita terus masuk tidur selepas tarawih tapi tak jadi keluar bila kita sambung makan. Bayangkan hormon pembersihan dah ready nak masuk kerja kita bagi dia cuti?
Puasa adalah detoksifikasi. Ia hanya berlaku apabila fungsi proses makanan dalam perut berehat lebih daripada 8 jam.
Ayuh, sama-sama kita berazam tahun ini untuk perbaiki mutu puasa.
#OliveHouse
#KasihRamadhan
#AafiyatLifestyle