• Login
  • Register
Related Topics
Tags:
tipsaafiyat

CW 27.05.2021 : Kanak-Kanak Asma & Minyak Habbatus Sauda

✨ Tips Aafiyat : Kanak-Kanak Asma & Minyak Habbatus Sauda


Penyakit asma yang sering dialami oleh kanak-kanak dikatakan berpunca dari rumah, ada juga asal usul penyakit ini dari keturunan.

Mengikut kajian perubatan di dapati bahawa 14% dari kanak-kanak yang berumur antara 7-14 tahun mengidap penyakit asma. Hasil kajian tersebut mendapati bahawa pencemaran udara di rumah adalah salah satu punca penyakit ini.

Di antara unsur-unsur yang dikenal pasti ialah asap rokok, lingkaran ubat nyamuk, asap kayu dapur dan asap dapur minyak.

Pada kanak-kanak fungsi pernafasannya akan menurun kira-kira 93.8% dari aras normal jika mereka terdedah pada asap rokok. Pendedahan pada asap-asap dalam rumah secara tidak disedari juga memberi kesan terhadap kemampuan pernafasan kanak-kanak.

Kesan pencemaran dalaman ini boleh membawa kepada batuk kronik, penyakit paru-paru disamping asma dan lelah.

Akibat serangan asma ini, kanak-kanak akan payah bernafas, payah tidur, batuk bergelema, nafas berbunyi, mengcungap-cungap, kahak sukar keluar dan lain-lain.


Sebagai ikhtiar bagi atasi masalah asma ini adalah dengan mengamalkan minyak habbatus sauda.

Untuk kanak-kanak, dos pengambilan yang dicadangkan adalah 2 titis bagi setiap 1kg berat badan.

Sebagai contoh berat 10kg x 2 titis = 20 titis ÷ 2 kali ambilan sehari

Maka pengambilan 10 titis pagi dan 10 titis malam. Kesan positif telah direkodkan pada kadar kualiti pernafasan kanak-kanak yang mengamalkannya selama 14 hari berturut-turut.
(Ahmat et al., 2009)


Alhamdulillah manfaat positif yang direkodkan termasuklah Minyak Habbatus Sauda terbukti membantu mengurangkan keradangan di saluran pernafasan dan paru-paru, serta peranannya dalam membantu meluaskan saluran pernafasan sekaligus memudahkan individu asma untuk bernafas (Gholamnezhad Z et al., 2019).


Selamat beramal !



Try visit other page: Aafiyat2u, Olive House, or Aafiyat Mall
  • Home
  • About
  • Directory
  • Dictionary