Tips Aafiyat: Cadangan Pemakanan Aafiyat Bagi Pesakit Positif Bergejala
Dari Hari ke hari semakin ramai saudara dan kenalan kita yang telah dan sedang menjalani kuarantin kerana positif COVID-19 atau menjadi kontak rapat samada bergejala atau tanpa mempunyai gejala serius.
Omicron telah muncul sebagai varian yang dominan di Malaysia. Berikutan kadar kebolehjangkitan varian Omicron yang tinggi dan cepat, Kementerian Kesihatan Malaysia menasihati orang ramai agar terus patuh kepada SOP dan amalan norma baharu.
Antara khtiar yang tidak dapat disangkal lagi kebaikannnya adalah dengan mengamalkan pemakanan Aafiyat bagi membantu meredakan virus jahat ini. Di atas merupakan cadangan pengambilan pemakanan Aafiyat mengikut kategori.
Pada masa sama kita juga digalakkan minum air masak secukupnya kerana kekurangan air boleh menyebabkan sel dalam badan tidak berfungsi dengan baik. Ayuh semua bersama-sama kita melawan virus jahat ini. Mencegah lebih baik dari merawat.