Tips Aafiyat: Kolesterol Baik vs Kolesterol Jahat
Tahu tak kolesterol ni ada dua jenis?
Kolesterol LDL (Low Density Lipoprotein) cenderung menumpuk dalam saluran darah yang menyebabkan penyumbatan salur darah dan meningkatkan risiko penyakit kardiovaskular.
Kolesterol HDL (High Density Lipoprotein) pula mencegah penyempitan saluran darah jantung dengan mengurangkan mendakan kolesterol dalam saluran darah. Oleh itu, ia menurunkan risiko serangan jantung.
Kita kena hadkan pengambilan makanan tinggi lemak & kolesterol.
6 tips pengambilan Lemak & Kolesterol:
🍽️ Gunakan kaedah memasak yang sihat (kukus, rebus, reneh, panggang)
🍽️ Gunakan produk tenusu rendah lemak
🍽️ Buangkan kulit ayam sebelum memasak
🍽️ Hadkan penggunaan minyak
🍽️ Hadkan kaedah menggoreng yang menggunakan minyak yang banyak
🍽️ Gunakan daging tanpa lemak atau buangkan lemak pada daging sebelum memasak
Kawal pengambilan makanan tinggi kandungan lemak dan kolesterol supaya tidak berlebihan. Amalkan gaya hidup cara Aafiyat untuk kualiti kesihatan yang terjamin.
Rujukan:https://www.facebook.com/photo?fbid=298889298939747&set=a.221890939972917