Tips Aafiyat: Long Covid: Gejala & Petua Pemulihan
Masyarakat sudah sedia maklum mengenai jangkitan virus COVID-19 tetapi masih ramai belum mengetahui simptom Post-Covid atau lebih dikenali sebagai Long Covid.
Apa itu Long Covid❓
Long Covid adalah keadaan apabila pesakit Covid-19 yang sudah sembuh namun masih menanggung komplikasi Covid-19 yang berpanjangan.
Antara gejala kebiasaan pesakit Long Covid termasuklah sesak nafas, disfungsi kognitif (brain fog), dan sakit sendi serta otot secara berterusan.
Beberapa petua pemulihan Long Covid yang dikongsi oleh British Heart Foundation adalah:
✅Rehat pendek yang kerap apabila membuat aktiviti berat, berehat sebelum menjadi letih atau sesak nafas
✅Buat nota untuk membantu anda mengingati aktiviti dan tugas harian jika mengalami brain fog
✅Senaman ringan seperti regangan, naik tangga dan senaman kardiovaskular jika berasa sakit sendi dan otot
Namun hakikatnya, badan kita sangat memerlukan nutrisi dan khasiat sumber semulajadi seperti buahan, sayuran dan makanan tinggi khasiat seperti Minyak Zaitun, Minyak Habbatus Sauda dan Madu Asli untuk memberikan tenaga dan mengekalkan kecerdasan harian.
Mudah-mudahan kita semua diberikan kesihatan yang baik berpanjangan olehNya insha Allah🤲🏻