CW 21.05.2021 : Janganlah Berputus Asa Dalam Berikhtiar
✨ Aafiyat Jumaat : Janganlah Berputus Asa Dalam Berikhtiar
Salam Jumaat yang penuh barakah. Didoakan agar semuanya sihat di samping menjalani tugasan seharian. Banyakkan berselawat dan bersedekah di hari yang mulia ini.
Kita semua sedang diuji dengan satu pandemik yang belum tentu bila akan berakhir. Angka peningkatan kes amat membimbangkan kita semua. Teruskan berikhtiar, berdoa dan bertawakkal kepada Allah SWT agar diri kita dan keluarga dijauhkan dari jangkitan ini.
Bukankah Allah telah berjanji, bahawa tidak akan menguji hambanya lebih dari kemampuan dirinya sendiri ? Jadi yakinlah, kerana janji Allah itu pasti.
“Allah tidak membebani seseorang melainkan sesuai dengan kesanggupannya”
(Surah Al Baqarah : 286).
Dan bukankah Allah telah berfirman bahawa Allah sangat dekat dengan kita ? Maka berdoa dan memintalah kebaikan dariNYA.
“Dan apabila hamba-hamba-Ku bertanya kepadamu tentang Aku, maka (jawablah), bahwasanya Aku adalah dekat. Aku mengabulkan permohonan orang yang berdoa apabila ia memohon kepada-Ku, maka hendaklah mereka itu memenuhi (segala perintah)-Ku dan hendaklah mereka beriman kepada-Ku, agar mereka selalu berada dalam kebenaran.” (Surah Al-Baqarah : 186).
Disamping itu, janganlah kita berputus asa dalam berikhtiar. Terus berikhtiar untuk tingkatkan imuniti badan. Amalkan pemakanan yang terbukti tinggi khasiatnya, InshaAllah.
Jangan lupa pagi ni kita amalkan dulu 2 sudu besar Pati Minyak Zaitun atau 1 sudu besar Olivie Plus atau 1 sudu kecil Olivie Power Up yang terbukti tinggi kandungan hydroxytyrosol yang memberi kesan antiviral sebelum kita menjamah apa-apa makanan.
Semoga ikhtiar ini membantu meningkatkan imuniti tubuh badan kita !
#Olivehouse
#SeindahSyawal
#AafiyatLifestyle