Aafiyat Sharing: Tanda-Tanda Awal Penyakit Jantung yang Perlu Kita Ambil Tahu
Sepuluh tahun yang lalu kita mungkin jarang mendengar orang meninggal dunia akibat penyakit jantung, tetapi hari ini ia seolah-olah sudah menjadi kebiasaan. Obesiti antara punca penyakit jantung.
Di sekeliling kita ramai kenalan, saudara mara dan rakan sekerja yang duduk dalam kategori obesiti. Perhatikan jika mereka sering mengadu:
👉Sakit dada yang menekan-nekan bermula di bahagian tengah atau kiri dada
👉Sesak nafas ketika rehat dan melakukan aktiviti
👉Keletihan walaupun tidak melakukan aktiviti atau kerja berat
👉Sakit, kebas atau lemah pada anggota tangan atau kaki (sebelah kiri)
👉Sakit pada bahagian rahang, leher, perut bahagian atas atau belakang
Sekiranya anda ada mengalami tanda-tanda ini, segera rujuk mana-mana klinik berdekatan untuk pemeriksaan dan rawatan.
Rujukan: Kementerian Kesihatan Malaysia