Testimoni PhenOLIV Sakit Lutut
Testimoni PhenOLIV Sakit Lutut
Sakit lutut
Masalah sakit lutut merupakan satu masalah kesihatan yang dialami oleh pelbagai lapisan umur masyarakat.
Namun, ianya tidak boleh dipandang remeh kerana ia boleh mengganggu pergerakan fizikal dan rutin harian anda.
Sakit lutut boleh terjadi kerana struktur tulang yang menjejaskan sendi lutut, lutut atau ligamen dan tulang rawan lutut.
Masalah sakit ini boleh berlaku kepada sesiapa sahaja dan biasanya ia diikuti dengan masalah untuk melakukan aktiviti fizikal.
Sakit lutut boleh berlaku pada satu bahagian sahaja atau pada keseluruhan lutut.
Salah satu masalah lutut yang sinonim dengan warga emas atau sesiapa sahaja yang meningkat usia adalah osteoarthritis (OA).
Selain daripada peningkatan usia, masalah ini juga terjadi kerana penipisan tulang rawan yang berlaku secara beransur.
Lapisan rawan berfungsi untuk menyerap daya hentakan.
Maka, makin nipis lapisan rawan, makin kurang hentakan yang diserap. Perkara ini akan mengakibatkan keradangan dan kesakitan yang anda alami.
Bagi golongan berumur, masalah ini boleh menjadi lebih parah kerana pengurangan dalam penghasilan cecair pelincir dalam sendi.
Pengambilan minyak zaitun boleh membantu dalam mengurangkan keradangan pada bahagian yang terjejas sekaligus membantu mengurangkan kesakitan serta meningkatkan kualiti kesihatan pengguna insyaAllah.