Bingkisan Jumaat: Ramadan Bulan Sedekah
Salah satu pintu yang dibuka oleh Allah swt untuk meraih keuntungan besar di bulan Ramadhan adalah melalui sedekah. Islam sering menganjurkan untuk banyak bersedekah kerana demikianlah sepatutnya akhlak seorang mukmin, iaitu seseorang yang memiliki sifat dermawan.
Dari Anas ra, Rasulullah saw ditanya tentang puasa yang paling utama setelah puasa Ramadan. Baginda saw menjawab:
"Puasa di bulan Syaban untuk memuliakan Ramadan,"
Baginda ditanya lagi, lalu sedekah apakah yang paling utama? Baginda saw menjawab:
"Sedekah di bulan Ramadan"
(HR Tirmizi: No 599)
Allah swt benar-benar memuliakan orang-orang yang bersedekah. Banyak balasan yang menakjubkan bagi orang-orang yang gemar bersedekah dan salah satu keutamaan bersedekah di bulan Ramadhan adalah kita lebih dimudahkan untuk berbuat amalan kebaikan, termasuklah bersedekah. Semoga kita tergolong dalam kalangan yang suka bersedekah dalam bulan yang mulia ini.🤲