FAQ Cooking Virgin Olive Oil (CVOO)
FAQ Cooking Virgin Olive Oil (CVOO)
1. Adakah Cooking Virgin Olive Oil (CVOO) dihasilkan dari buah zaitun muda?
Ya, CVOO dihasilkan daripada buah zaitun muda.
2. Apa perbezaan Cooking Virgin Olive Oil (CVOO) dan Pati Minyak Zaitun (PMZ)?
Dari segi fungsi atau aplikasinya, CVOO adalah minyak zaitun yang dikhususkan untuk memasak, tetapi PMZ adalah untuk diambil secara terus (direct consume). CVOO dihasilkan daripada virgin olive oil, tetapi PMZ dihasilkan daripada extra virgin olive oil.
3. Berapakah harga bagi satu unit Cooking Virgin Olive Oil (CVOO) dalam 1 karton?
Harga runcit bagi Cooking Virgin Olive Oil (CVOO), 250ml. RM14 untuk Aafiyat Consultant dan RM16 bagi Aafiyat Agent.
4. Berapakah bilangan Cooking Virgin Olive Oils (CVOO) dalam 1 karton?
Dalam 1 karton, terdapat 12 botol Cooking Virgin Olive Oil (CVOO)
5. Bilakah pelanggan dapat mula membli Cooking Virgin Olive Oils (CVOO)?
Pelanggan boleh mula membeli Cooking Virgin Olive Oil (CVOO) pada hari pelancaran Cooking Virgin Olive Oil (CVOO) iaitu pada Sabtu, 30 Disember 2023.
6. Adakah Cooking Virgin Olive Oil (CVOO) ini khusus untuk memasak sebagi pengganti kepada minyak sawit kerana kandungan khasiatnya daripada buah zaitun?
Cooking Virgin Olive Oil (CVOO) tidak diklasifikasikan sebagai pengganti minyak sawit. Cooking Virgin Olive Oil (CVOO) adalah antara minyak masak yang terbaik yang ada di pasaran. Setiap produk di pasaran mempunyai keistimewaan tersendiri. Minyak kelapa sawit mempunyai beta karotene dan dengan kandungan vitamin E yang tinggi. Cooking Virgin Olive Oil (CVOO) pula mempunyai vitamin D dan E yang tinggi.
7. Adakah Cooking Virgin Olive Oil (CVOO) boleh dimakan terus seperti Pati Minyak Zaitun (PMZ)?
Tidak digalakkan untuk mengambil Cooking Virgin Olive Oil (CVOO) secara terus (direct consume) kerana ianya mempunyai keasidan melebihi dari 0.8%. Ia hanya boleh digunakan untuk memasak, dressing dan sebagainya. Extra Virgin Olive Oil (EVOO) lebig sesuai dan fleksibel (boleh direct consume) dan boleh digunakan untuk memasak.
8. Adakah Cooking Virgin Olive Oil (CVOO) sesuai digunakan untuk menggantikan marjerin?
Ya, Cooking Virgin Olive Oil (CVOO) sesuaikan digunakan untuk menggantikan marjerin. Sesuai digunakan untuk disapu pada roti sebelum dibakar.
9. Bolehkah Cooking Virgin Olive Oil (CVOO) digunakan untuk proses memasak secara ‘deep fried’?
Cooking Virgin Olive Oil (CVOO) mempunyai titik asap (smoke point) sebanyak 216°C sahaja. Jadi ia tidak sesuai digunakan untuk proses memasak secara ‘deep fried’. Untuk proses memasak secara ‘deep fried’, lebih sesuai untuk menggunakan Elaisse.
10. Minyak masak biasa boleh digunakan sehingga 3 – 5 kali menggoreng. Bagaimana pula dengan Cooking Virgin Olive Oil (CVOO)?
Berdasarkan kajian, tidak disarankan untuk menggunakan minyak masak berulang kali untuk menggoreng. Cooking Virgin Olive Oil (CVOO) hanya sesuai digunakan untuk masakan secara menumis atau proses memasak yang memerlukan tahap titik asap yang rendah.