CW 05.04.2021 : Cakna dan Amalkan Pemakanan Seimbang
Aafiyat Sharing : Cakna dan Amalkan Pemakanan Seimbang
Pemakanan merupakan perkara yang penting untuk kesihatan diri sendiri.
Makanan seimbang ialah pengambilan makanan yang cukup untuk keperluan dalam tubuh badan. Manusia memerlukan makanan dan vitamin untuk pembesaran dan menjaga kesihatan.
Media massa turut mempopularkan pemakanan seimbang menerusi pelbagai program dan penulisan artikel mengenai pemakanan yang sihat ini. Oleh itu, wujud pelbagai kebaikan daripada makanan seimbang ini.
Kesedaran tentang pemakanan sihat ini haruslah dipupuk di dalam masyarakat kita. Sikap cakna ini akan menatijahkan budaya hidup yang sihat sekaligus dapat mengurangkan gejala pelbagai penyakit yang sering melanda masyarakat kita sekarang ini.
Moga bermanfaat !
#OliveHouse
#RoadtoRamadhan
#AafiyatLifestyle