Aafiyat Info : Apa Itu Influenza (Flu), Penyakit Yang Semakin Menular ?
Ya, penyakit ini semakin menular, apa itu influenza ?
Influenza merupakan penyakit yang disebabkan oleh virus influenza yang menjangkiti hidung, tekak dan adakalanya paru-paru (salur pernafasan). Ia boleh menyebabkan gejala jangkitan yang ringan mahupun serius. Dalam keadaan tertentu, ia boleh mengancam nyawa individu yang dijangkiti.
Bagi negara-negara yang beriklim sederhana, kejadian wabak kerap kali berlaku semasa musim sejuk, manakala bagi negara-negara tropika di sepanjang garisan Khatulistiwa (termasuk Malaysia), kejadian wabak berlaku sepanjang tahun tanpa mengikut musim yang tertentu.
Apakah Gejala Influenza?
Secara kebiasaannya, gejala influenza bermula 1 atau 2 hari selepas dijangkiti, dan ianya meliputi :
▶️ Demam
▶️ Selesema
▶️ Sakit tekak
▶️ Batuk
▶️ Sakit kepala
▶️ Sakit badan dan keletihan
▶️ Sukar bernafas
▶️ Cirit birit dan sakit perut (khususnya dikalangan kanak-kanak)
Kerap kali jangkitan virus influenza sekadar menyebabkan gejala jangkitan yang ringan pada kebanyakan orang yang mempunyai tahap immuniti badan yang baik.
Bagaimana Influenza Merebak?
Titisan salur pernafasan (respiratory droplets) mereka yang dijangkiti boleh menjadi penyebab penularan samada apabila bercakap, batuk atau bersin. Titisan ini boleh mencemari permukaan dan menyebabkan jangkitan kepada individu yang menyentuh permukaan tersebut.
Sumber: https://www.infosihat.gov.my/influenza.html
.
#OliveHouse
#AafiyatLifestyle
#AafiyatSharing
#AafiyatDharamain
#Aafiyatlifestyle
#Influenza