Aafiyat Sharing: Makanan Untuk Jantung Sihat
"Menjelang tahun 2030, dijangka hampir 23.6 juta kes kematian adalah disebabkan oleh penyakit kardiovaskular, terutamanya yang berpunca daripada penyakit jantung dan strok. Penyakit ini dijangka kekal sebagai punca tunggal utama kes kematian. Peningkatan jumlah kes kematian yang paling banyak dijangka berlaku di wilayah Asia Tenggara."
(sisipan dari Portal Rasmi Kementerian Kesihatan Malaysia)
'Cardiovascular Disease' atau penyakit kardiovaskular sebegini merupakan pembunuh ‘senyap’ tanpa mengira latar belakang mangsanya dan di Malaysia, antara umur 58 tahun merupakan umur kebanyakan pesakit yang berisiko.
Dengan corak pemakanan harian rakyat Malaysia hari ini yang tinggi kolesterol, garam, gula, serta kurangnya pengambilan serat ditambah pula budaya merokok seawal remaja dan musim PKP yang membataskan aktiviti fizikal telah menambahkan lagi keterukan risiko berkaitan jantung ini.
Hakikatnya, organ jantung yang terdiri daripada jaringan bilangan sel yang sangat banyak perlukan bekalan nutrien yang berkualiti untuk kekal berfungsi dengan baik.
Satu kajian berkaitan ‘Nutrition and Cardiovascular Disease’ menyimpulkan bahawa menu makanan harian yang mengandungi Polifenol, Omega 3, serat, Fitosterol, dan kepelbagaian vitamin dan mineral membantu kurangkan risiko kepada penyakit kardiovaskular. Ia adalah salah satu cabaran besar untuk kita mulakannya, tetapi tidak mustahil.
Rujukan: Rosa Casas, Sara Castro-Barquero, Ramon Estruch, and Emilio Sacanella: Nutrition and Cardiovascular Health
Kami di Olive House sangat menyarankan anda untuk mula amalkan minyak zaitun sebagai sumber lemak sihat, tinggi kebaikan semulajadi Polifenol dan kandungan vitamin D dan E.
Minyak zaitun yang kami maksudkan ialah Olivie Plus minyak zaitun ‘Extra Virgin’ dan Olivie butiran campuran ekstrak buah zaitun dan daun zaitun (Olivie PowerUp). Kedua-duanya berkualiti tinggi dan memiliki pensijilan organik (oleh Kementerian Kesihatan Malaysia dan dua pensijilan peringkat global) serta memiliki logo halal yang disahkan Jakim.
Pengambilan jus delima yang terhasil daripada perahan keseluruhan bahagian buah delima menjadikannya bermanfaat juga untuk individu yang berisiko berkaitan jantung dengan jaringan vitamin dan mineral semulajadi di dalamnya.
Jadi, apa tunggu lagi??
Inilah cabaran besar yang kita perlu mulakan segera untuk ubah corak pemakanan harian kita.
Saya anak Malaysia…
Sayangi Malaysia!❤️
Sumber:
- http://www.myhealth.gov.my/tips-penyediaan-makanan-untuk-pesakit-kardiovaskular-cvd/
- https://www.ncbi.nlm.nih.gov/pmc/articles/PMC6320919/#:~:text=This%20translates%20to%20a%20high,meat%20%5B59%2C60%5D.