KAJIAN KLINIKAL OLIVIE FORCE/RICHE: EKSTRAK ZAITUN MEREDAKAN KESAKITAN SENDI
EKSTRAK ZAITUN MEREDAKAN KESAKITAN SENDI
Zaitun merupakan salah satu tumbuhan yang kaya dengan manfaat kesihatan. Selain daripada bahagian
buah yang biasanya diproses menjadi minyak, daun zaitun juga merupakan bahagian tumbuhan yang
boleh dijadikan ekstrak bagi meningkatkan kesihatan dan menghalang penyakit kronik. Daun dan buah
zaitun mengandungi polifenol yang tinggi termasuk oleuropein, hydroxytyrosol, tyrosol dan oleocanthal.
Gabungan bahagian daun dan buah zaitun berfungsi dalam meningkatkan imuniti, menyokong kesihatan
jantung, memperbaiki kesihatan kulit serta fungsi kognitif otak.
Ekstrak daun dan buah zaitun yang kaya dengan hydroxytyrosol di bawah jenama OLIVIE FORCE/RICHE
telah diuji secara klinikal terhadap pesakit yang mengalami artritis reumatoid. Objektif kajian tersebut
adalah untuk menilai kesan anti-inflamasi dan pengurangan rasa sakit selepas pengambilan ekstrak zaitun.
Peserta kajian diarahkan untuk mengambil 6 kapsul ekstrak zaitun (500 mg setiap kapsul) setiap hari
selama 8 minggu. Kesan penyembuhan keradangan, tahap kesakitan serta sebarang kesan sampingan
daripada pengambilan ekstrak zaitun direkodkan sepanjang tempoh kajian.
Hasil kajian menunjukkan ekstrak zaitun berpotensi sebagai anti-inflamasi dengan menurunkan aktiviti
keradangan bagi protein C-reaktif (C-RP), interleukin-6 (IL-6), tumor necrosis factor-alpha (TNF-α) dan
prostaglandin E2 (PGE2) di kalangan pesakit yang dirawat dengan ekstrak zaitun berbanding kumpulan
yang tidak dirawat. Tiada kesan sampingan diperhatikan sepanjang kajian berlangsung. Selain daripada
itu, pengambilan ekstrak zaitun selama 8 minggu turut menunjukkan pengurangan rasa sakit serta
meningkatkan kelegaan di kalangan peserta kajian. Penyelidik merumuskan bahawa aktiviti anti-inflamasi
dan pengurangan tahap kesakitan selepas pengambilan ekstrak zaitun adalah disebabkan oleh kandungan
hydroxytyrosol yang tinggi di dalam ekstrak tersebut. Kajian ini merupakan kajian pertama yang menguji
kesan ekstrak gabungan daun dan buah zaitun terhadap inflamasi yang berkait dengan kesakitan akibat
artritis reumatoid.