Bahaya Tekanan Darah Yang Terlalu Tinggi!
BAHAYA TEKANAN DARAH YANG TERLALU TINGGI!
1. Bacaan tekanan darah normal adalah kurang daripada 135/85 mmHg. Adalah lebih bagus jika mendapat bacaan 120/90.
2. Bacaan tekanan darah antara 135-140/ 85-90 dikatakan sebagai prehipertensi. Manakala bagi tekanan darah tinggi atau hipertensi, bacaan tekanan darah yang diperoleh adalah lebih tinggi daripada bacaan tersebut, iaitu melebihi 140/90.
3. Tekanan darah boleh berubah-ubah sepanjang hari berdasarkan aktiviti anda. Adakalanya tinggi sedikit dan ada kalanya turun ke paras normal.
4. Namun jika bacaan tekanan darah melebihi bacaan normal secara tetap, kekal dan konsisten, mungkin menandakan bahawa anda mengalami sudah penyakit tekanan darah tinggi atau hipertensi.
5. Semakin tinggi tahap tekanan darah anda, maka semakin tinggi risiko anda untuk masalah kesihatan yang lebih serius seperti penyakit jantung, serangan jantung, dan juga strok.
6. Bagi mereka yang mempunyai bacaan tekanan darah yang terlalu tinggi, terdapat beberapa risiko yang sangat bahaya jika anda tidak mengawalnya.
7. Tekanan darah tinggi yang tidak normal boleh merosakkan tubuh badan anda dalam pelbagai cara.
Antaranya ialah:
a. Serangan Strok atau Angin Ahmar
Tekanan darah tinggi boleh menyebabkan arteri yang membekalkan darah dan oksigen ke otak menjadi pecah atau tersumbat. Ini menyebabkan serangan strok.
b. Serangan Jantung
Tekanan darah tinggi boleh merosakkan arteri anda dengan menjadikannya kurang elastik, dan kemudiannya mengurangkan aliran darah dan oksigen ke jantung.
c. Penyakit ginjal yang kronik (CKD)
Tekanan darah tinggi juga boleh merosakkan tisu-tisu buah pinggang, akhirnya menyebabkan penapisan air kencing tidak berfungsi dengan baik.
Air kencing akan mengandungi protein dan tahap Taksin seperti creatinine dan urea meningkat dengan banyak.
Akhirnya pesakit akan mengalami kegagalan fungsi ginjal atau penyakit ginjal yang kronik.
8. Pesakit diabetes dan hipertensi, atau kedua-duanya mempunyai risiko yang lebih tinggi untuk mendapat penyakit ginjal kronik berbanding mereka yang tidak mempunyai kedua-dua penyakit ini.
9. Bacaan tekanan darah lebih mudah dikawal dengan:
a. Berhenti merokok termasuklah vape, shisha dan lain-lain lagi
b. Lakukan sekurang-kurangnya 150 minit aktiviti fizikal setiap minggu
c. Kawal stres yang dengan baik
d. Banyakkan berpuasa, buat Diet Intermittent Fasting dan amalkan pemakanan yang sihat
e. Turunkan badan anda jika anda obes.
10. Sebagai kesimpulan,
anda perlu sentiasa mendapatkan bacaan tekanan darah yang normal. Semakin tinggi tekanan darah yang tidak terkawal boleh menyebabkan tiga penyakit yang lebih serius ini, iaitu serangan jantung, serangan strok, kerosakan ginjal yang kronik.
Semoga bermanfaat.