Aafiyat Cakna: Penyakit Asma: Risiko & Akibat Jika Obes
Obesiti banyak dikaitkan dengan beberapa masalah kesihatan, termasuklah penyakit asma. Terdapat hubungkait yang kuat antara obesiti dan penyakit asma, serta gejala yang semakin teruk akibat daripada obesiti. Antaranya:
⚠️Penambahan berat badan ibu semasa kehamilan dikaitkan dengan peningkatan risiko asma dan jangkitan saluran pernafasan pada anak
⚠️Individu yang obes mengambil lebih banyak ubat asma dan lebih kerap memerlukan bantuan kecemasan berbanding individu yang kurus yang menghidapi penyakit asma
⚠️Tidak dapat tidur dengan lena. Ini adalah kerana individu obes lebih berisiko mengalami simptom asma pada waktu malam, contohnya wheezing (bunyi bersiul apabila sedang bernafas)
⚠️Sukar untuk *melakukan aktiviti fizika*l seperti berjalan laju, berjoging dan bersenam
⚠️Kerap jatuh sakit dan berisiko untuk mendapat kemurungan
Adakah penyakit asma boleh sembuh?Malangnya, tidak. Akan tetapi gejala-gejala penyakit asma dan kekerapan serangan boleh dikurangkan dengan rawatan dan amalan pemakanan yang bersesuaian. Elakkanlah memakan makanan yang boleh menambah lemak dalam badan seperti lemak tepu dan makanan berproses. Amalkan pemakanan Aafiyat seperti cuka buahan asli (1 sudu besar) sehari boleh membantu menurunkan dan mengawal berat badan.
Rujukan:
(1) Marko, M., & Pawliczak, R. (2018). Obesity and asthma: Risk, control and treatment. Advances in Dermatology and Allergology, 35(6), 563–571.https://doi.org/10.5114/ada.2018.77607
(2) https://hellodoktor.com/penyakit-batuk-saluran-pernafasan/asma/komplikasi-asma-kehidupan/