CW 09.06.2021 : Kajian Habbatus Sauda & Covid 19
✨ Info Aafiyat : Kajian Habbatus Sauda & Covid 19
Seringkali kita dengar kan macam macam kaedah bagi mendepani wabak COVID19.
Kadang-kadang sampai confuse tak tahu mana satu berita yang betul.
Ada yang cakap air kelapa, lemon, sumac dan tak terkecuali juga minyak habbatus sauda.
Cuma sebenarnya ada tak ya kajian yang melibatkan COVID19 ni? Jawapan sudah tentulah ada.
✅ Minyak Habbatus Sauda atau Nigella Sativa ini sangat terkenal dengan sifatnya yang menyokong sistem imuniti badan (Islam M. N. et al., 2020).
✅ Bahan aktif dalam Minyak Habbatus Sauda dikenali sebagai Thymoquinone (TQ). Pencarian dalam talian PubMed, Scopus dan Google menunjukkan sekurangnya terdapat 288 artikel dan kajian mengenai peranan TQ dalam menyokong sistem imuniti tubuh. (Shaterzadeh-Yazdi et al., 2018).
✅ TQ terbukti mempunyai peranan "Immuno-modulatory" dimana ia membantu tubuh mengawal atur respon imuniti tubuh terhadap jangkitan. (Manoharan et al., 2021)
✅ Hasil yang diperoleh melalui dokumentasi molekul pula menunjukkan bahawa sebatian utama dari Habbatus Sauda (Nigellidine) juga yang boleh menghalang COVID-19 dengan kesan yang sama atau lebih baik berbanding dengan ubat-ubatan di bawah ujian klinikal menjadikan ianya sangat berpotensi sebagai langkah pencegahan COVID19 (Bouchentouf, S., & Missoum, N. 2020).
Dengan ini, insyaAllah tubuh mampu melawan jangkitan dengan lebih baik disamping usaha yang dijalankan oleh pihak Kementerian Kesihatan dan lain-lain.
Pemakanan aafiyat tanggungjawab kita bersama, semoga Allah mengizinkan kebaikan yang besar buat kita semua.