FAQ Glow Shine Gummies
Anda boleh muat turun segera FAQ Glow Shine Gummies sebagai rujukan.
Antara kandungan yang terdapat dalam FAQ terdiri daripada :
1. Pengenalan Produk
2. Peraturan Makanan : Gummies
3. Pengetahuan mengenai Gelatin
4. Pengetahuan Bahan Aditif Gummies
5. Target Pelanggan
6. Cara Pengambilan
7. Manfaat Produk
8. Pengetahuan AM
9. Kualiti Produk
10. Cara Penyimpanan
11. Logo yang terdapat pada Gummies
FAQs– Glow Shine Gummies
Pengenalan Produk
1. Apakah itu gummies atau gula-gula kunyahan?
Gummies ialah makanan tambahan yang boleh dikunyah atau gula-gula yang dibuat dengan gelatin atau pektin, selalunya berperisa dan dibentuk untuk memudahkan penggunaan. Ia boleh menjadi makanan tambahan (cth., vitamin atau mineral) atau sebagai snek berperisa buah.
2. Apakah produk gula-gula kunyahan (gummies) yang dikeluarkan oleh Olive House?
Glow Shine Gummies (Gula-gula Kunyahan) Biotin & Safron.
3. Apakah saiz pek produk gula-gula kunyahan?
Botol (180g) = 60 biji
4. Bagaimanakah rasa, bau dan warna gula-gula kunyahan?
Rasa = Manis
Tekstur = Kenyal
Bau = Buah-buahan (fruity)
Warna = Merah-jingga
Peraturan Makanan: Gummies
Gambar 1: Rupa dan warna Glow Shine Gummies.
5. Apakah peraturan makanan untuk gula-gula kunyahan?
Peraturan-peraturan Makanan 1985 – Peraturan 136.Konfeksi gula. Bahan utama konfeksi gula adalah gula, sorbitol atau bahan pemanis lain (kecuali bahan pemanis tanpa zat). Ianya boleh dicampur dengan bahan lain, boleh ditambah bahan pewarna dan bahan perisa yang dibenarkan.
Berdasarkan CODEX Alimentarius, gula-gula kunyahan adalah dikategorikan sebagai ‘soft candy’ (rujuk kategori 05.2.2 Soft candy). Ianya lembut dan kenyal, dibuat daripada jeli, gelatin, pektin dan boleh ditambah bahan pewarna dan perisa yang dibenarkan.
Pengetahuan Mengenai Gelatin
6. Apakah jenis gelatin yang digunakan dalam produk ini?
Gelatin yang digunakan dalam produk ini adalah gelatin daripada sumber lembu (bovine) yang diperoleh daripada haiwan yang disembelih mengikut kaedah Halal. Ianya disahkan halal oleh JAKIM untuk memastikan kesesuaiannya dengan keperluan penguna Muslim.
7. Mengapakah gelatin digunakan dalam produk ini?
Gelatin digunakan sebagai agen penstabil dan untuk memberikan tekstur yang kenyal pada produk. Ia juga membantu mengekalkan bentuk dan struktur produk semasa penyimpanan.
8. Produk ini mengandungi gelatin daripada sumber lembu. Tetapi, tiada logo halal JAKIM pada produk. Adakah ianya boleh dimakan?
Gelatin yang digunakan disahkan halal oleh JAKIM. Pendaftaran sijil halal JAKIM bagi produk gula-gula kunyahan ini akan dibuat dalam masa yang terdekat dan tempoh kelulusan adalah dari tempoh 3-6 bulan. Logo halal JAKIM hanya boleh diletakkan pada pembungkus makanan setelah mendapat kelulusan pihak JAKIM.
Pengetahuan Bahan Aditif Gummies
9. Apakah bahan aditif yang digunakan dalam produk ini, dan adakah ia selamat?
Bahan aditif adalah bahan yang selamat dimakan, ditambah secara sengaja ke dalam makanan dalam kuantiti yang sedikit (tidak termasuk vitamin dan mineral).
Bahan aditif berfungsi untuk memperbaiki kualiti, persembahan (tekstur, konsistensi, rupa), perisa, bau, rasa dan jangka hayat penyimpanan.
Bahan aditif yang digunakan dalam produk ini:
Kesemua bahan aditif ini dibenarkan dan selamat untuk digunakan di dalam makanan
berdasarkan Peraturan-peraturan Makanan 1985 dan CODEX Alimentarius.
Target Pelanggan
10. Glow Shine Gummies sesuai untuk siapa?
Wanita yang mementingkan kesihatan muka,rambut, kulit , kuku dan meningkatkan kesihatan hormon.
11. Pada umur berapakah Glow Shine Gummies sesuai diambil?
Seawal umur dewasa 19 tahun ke atas. Keperluan harian sekitar 30 mcg, tetapi untuk suplemen kecantikan (seperti 2,500-10,000 mcg).
Rujukan: Institut Kesihatan Nasional (NIH), Amerika Syarikat:
Menurut NIH, keperluan harian biotin bagi orang dewasa adalah sekitar 30 mikrogram. Namun, suplemen biotin yang dipasarkan untuk kesihatan rambut, kulit, dan kuku sering mengandungi dos yang jauh lebih tinggi, antara 2,500 hingga 10,000 mikrogram.
Sekiranya ada memberikan kepada kanak-kanak, memadai hanya memberikan 2 biji sahaja sehari dan jangan lebih daripada 2 biji sehari.
12. Bagaimana saya tahu jika produk gula-gula kunyahan ini sesuai dengan keperluan diet saya?
Produk ini dirumuskan dengan teliti untuk memastikan ia selamat dan sesuai untuk pelbagai kumpulan pengguna. Senarai lengkap ramuan dan maklumat pemakanan yang lengkap dicetak pada label produk untuk rujukan pengguna.
Cara pengambilan gummies
13. Bagaimana cara pengambilan Glow Shine Gummies
Glow Shine Gummies diambil 2 biji pada bila-bila masa.
14. Jika diambil lebih dari 2 biji sehari adakah ia akan memberi kesan baik @ tidak baik pada tubuh?
Tidak digalakkan mengambil lebih 2 biji sehari kerana biotin mempunyai dos yang dibenarkan sahaja.
Kehebatan Produk Glow Shine
15. Apakah yang menjadikan Glow Shine Gummies lebih baik daripada supplement
Gummy lain di pasaran?
• Baik untuk kesihatan mental wanita
• Baik untuk mengimbangi hormon
• Membantu menyokong keperluan pemakanan wanita yang sibuk dan aktif
• Mengandungi multivitamin utama yang diperlukan untuk rambut yang cantik, kulit yang bersinar dan kuku yang sihat, gummi yang lazat ini memberikan sokongan kecantikan yang mudah
• Membantu menyokong kesihatan kulit
• Membantu dalam masalah senggugut
• Membantu fungsi seksual wanita
• Baik untuk penawar tenaga
16. Apakah faedah mengambil biotin gummies?
• Kesihatan Rambut: Menggalakkan pertumbuhan rambut yang lebih kuat, lebih tebal dan boleh mengurangkan keguguran rambut.
• Kekuatan Kuku: Membantu memperbaiki kuku yang rapuh, menjadikannya kurang mudah patah.
• Kesihatan Kulit: Menyokong kulit yang berseri dan boleh membantu dalam mengurangkan kekeringan atau kerengsaan.
17. Berapakah kandungan biotin di dalam glow shine gummies?
Terdapat 4300mcg (setiap hidangan) biotin yg terdapat dalam glow shine gummies.
18. Glow Shine Gummies boleh menghasilkan kolagen tak?
Ya, boleh kerana terdapat bahan yg digunakan gummies menggunakan gelatin dan pektin yang boleh menghasilkan kolagen.
19. Adakah Glow Shine Gummies boleh membantu kepada mereka yang ada masalah
hormon, thyroid, wanita ttc?
Ya, produk ini adalah salah satu makanan sihat yang boleh membantu wanita yang sedang menghadapi masalah tersebut kerana terdapat biotin dan safron didalamnya.
Pengetahuan AM
20. Apakah itu serabut diet?
Serabut diet juga dikenali sebagai serat diet adalah polimer karbohidrat yang terdiri daripada tiga atau lebih monomer dan tidak boleh diuraikan oleh enzim dalam usus kecil manusia.
Serabut diet daripada sumber tumbuhan boleh mengandungi sedikit lognin atau sebatian lain yang berkaitan dengan dinding sel tumbuhan.
Kebaikan serabut diet seperti mengurangkan risiko sembelit dan membantu melancarkan sistem penghadaman.
21. Apakah itu biotin?
Biotin juga dikenali sebagai Vitamin B7, ianya vitamin larut air yang merupakan sebahagian daripada keluarga vitamin B kompleks. Biotin membantu untuk menukarkan karbohidrat, lemak dan protein di dalam makanan kepada tenaga.
22. Berapa banyak biotin yang perlu diambil oleh wanita setiap hari?
Kuantiti harian yang disyorkan (RDA) untuk biotin adalah sekitar 30 mcg untuk orang dewasa, tetapi gummies biotin selalunya mengandungi dos yang lebih tinggi, seperti 2,500–10,000 mcg. Dos yang lebih tinggi biasanya selamat kerana biotin larut dalam air, tetapi dinasihatkan untuk berunding dengan profesional penjagaan kesihatan.
23. Berapa lama masa yang diambil untuk melihat hasil daripada zat biotin?
Kebanyakan orang melihat peningkatan pada rambut, kulit atau kuku selepas 2-3 bulan penggunaan yang konsisten.
24. Bolehkah gummies biotin menyebabkan penambahan berat badan?
Tidak, biotin sendiri tidak menyumbang kepada penambahan berat badan. Ia menyokong metabolisme dengan membantu dalam pecahan lemak, karbohidrat, dan protein.
25. Bolehkah mengambil gummies ini sekiranya telah consume tokotrienol setiap hari?
Ya boleh, kerana glow shine gummies hanya dimakan 2 biji sehari sahaja, ia tidak menjejaskan kesihatan atau terlebih dos.
26. Adakah gummies ini sesuai untuk orang kencing manis?
Tidak digalakkan kepada pesakit kencing manis. Tapi perlu ingat ini hanyalah gummies dimana hanya makan dengan amount yang sedikit maka boleh cuba terlebih dahulu.
27. Apakah gula organik?
Gula organik ialah gula yang dihasilkan daripada tebu yang ditanam tanpa menggunakan bahan kimia sintetik semasa penanaman atau pemprosesan seperti baja tiruan, racun perosak atau pengubahsuaian genetik (Genetically Modified Organism – GMO).
28. Adakah warna gummies ini akan berubah-ubah mengikut batch penghasilan?
Ya, ianya kerana bahan asli yang digunakan seperti madu yang mempunyai warna yang berbeza bagi setiap “harvest time” membuatkan kadangkala gummies sedikit gelap atau cerah.
Mengetahui Produk itu telah Rosak
29. Bagaimanakah cara untuk mengetahui produk tersebut telah rosak?
Produk makanan yang rosak boleh ditentukan melalui 4 kriteria iaitu warna, tekstur, bau dan rasa.
Warna- Jika warna gummies berubah, daripada warna asal seperti dalam gambar No.4, ini mungkin merupakan tanda kerosakan.
Tekstur - Gummies yang sepatutnya lembut tetapi menjadi keras atau kelihatan serbuk putih atau tompok putih. Ini mungkin kulat atau gula yang telah berubah akibat kelembapan.
Bau - Bau pelik yang tidak menyenangkan, kemungkinan berlaku pencemaran atau tindak balas bahan dalam gummies.
Rasa- Jika gummies terasa pelik atau tengik berbanding biasa, sebaiknya elakkan dari memakannya. Produk perlu dilupuskan jika terdapat perubahan pada salah satu kriteria atau lebih pada produk tersebut.
30. Berapa lamakah jangka hayat gummies?
Jangka hayat gummies ini selama 2 tahun.
31. Jika gummies seperti melekat , berubah bentuk dan bergabung adakah ia menandakan produk ini rosak dan tidak boleh digunakan?
Glow shine gummies teksturnya sedikit lembut kerana kita menggunakan banyak madu asli dan kurang bahan kimia tambahan untuk menjadikan ianya pilihan lebih sihat. Jika di kawasan suhu lebih dari 38 ºC berkemungkinan ianya akan bergabung akan tetapi kualitinya masih baik untuk di makan.
Cara penyimpanan
32. Apakah cara penyimpanan dan mengendalikan produk Glow Shine Gummies?
Glow shine gummies perlulah disimpan di tempat yang sejuk,kering dan jauh daripada cahaya matahari dan sumber haba (suhu kurang daripada 38 degree celsius) untuk mengelakkan ianya rosak.
Peringatan: Gula-gula kunyahan (gummies) mudah cair apabila terdedah kepada suhu tinggi seperti di dalam kenderaan yang diletakkan di tempat yang panas (waktu siang). Hal ini, untuk mengelakkan produk mencair dan berubah bentuk kerana berkemungkinan ianya akan bergabung dan melekat antara satu sama lain.
Logo yang terdapat pada gummies
33. Apakah maksud logo yang terdapat pada label pembungkus produk?
Ketiga-tiga logo di atas merupakan pensijilan yang diperkenalkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) untuk memastikan produk yang dihasilkan selamat dan berkualiti.
34. Adakah Glow Shine Gummies ini tidak halal kerana tiada logo halal?
Pendaftaran sijil halal JAKIM bagi produk gula-gula kunyahan ini akan dibuat dalam masa yang terdekat dan tempoh kelulusan adalah dari tempoh 3-6 bulan. Logo halal JAKIM hanya boleh diletakkan pada pembungkus makanan setelah mendapat kelulusan
pihak JAKIM.