Jangan Keliru Diet Intermintent Fasting Dengan Diet Kira Kalori
JANGAN KELIRU DIET INTERMITENT FASTING DENGAN DIET KIRA KALORI
"Doktor berapa banyak kalori yang doktor cadangkan sehari ketika amalkan Diet Intermitent Fasting?"
Sebenarnya dalam DIF, tiada pengiraan kalori. DIF berkisarkan tentang insulin. Apa saja makanan yang meningkatkan insulin haruslah dikurangkan atau dielakkan.
Ini kerana insulin yang tinggi akan menyebabkan tubuh kita dalam mood 'menyimpan lemak' kecuali jika kita memang aktif.
Insulin yang tinggi dalam jangkamasa yang lama juga akhirnya menyebabkan tubuh mengalami kerintangan insulin.
Kerintangan insulin inilah yang menyebabkan mutasi pada DNA dan akhirnya menyebabkan pelbagai penyakit metabolik kronik dan kanser. Jadi untuk reverse (merawat ) penyakit ini adalah dengan merendahkan semula tahap insulin.
Bila ia rendah, tubuh akan sensitif pada hormon insulin semula. Mungkin tidak seperti sebelum ini. Tapi sekurang-kurangnya ada penambahbaikan.
Sebab itu ramai yang amalkan DIF ini, bukan saja dapat menurunkan berat badan tetapi tahap kesihatan bertambah baik (dos ubat dapat dikurangkan). Maknanya tidak perlu makan 5-6 jenis ubat lagi.
Jadi faham kan? Semoga bermanfaat.