Info Aafiyat : Kajian Menarik Berkaitan Minyak Habbatus Sauda & Masalah Buah Pinggang
Ok, kalau sebelum ni kita dah bincangkan beberapa ciri masalah buah pinggang, harini kita tengok pula langkah pencegahan serta kajian yang ada berkaitan dengannya.
Antara kaedah bagi menjaga kesihatan buah pinggang termasuklah;
✅ Pemakanan seimbang.
✅ Minum dan sukat pengambilan air sekurang-kurangnya dua liter air sehari.
✅ Berhenti merokok.
✅ Makan ubat hanya selepas mendapat nasihat doktor. Paling penting, elakkan ubat yang tidak perlu termasuk ubat untuk menguruskan badan.
✅ Kekalkan berat badan seimbang.
✅ Bersenam setiap hari sekurangnya-kurangnya 30 minit.
Antara yang menarik juga adalah satu kajian klinikal melibatkan Minyak Habbatus Sauda dan 70 orang sukarelawan yang sihat berusia 20 hingga 60 tahun.
Pengambilan Minyak Habbatus Sauda sebanyak setengah sudu teh (2.5ml), 1 kali sehari selama 12 minggu menunjukkan peningkatan fungsi ginjal serta selamat untuk terapi pesakit CKD tahap 3 & 4
(Nasiruddin et al. 2020)
Jadi apa maksudnya?
Maksudnya kita boleh meyakini bahawa Minyak Habbatus Sauda adalah minyak sihat yang sesuai menjadi amalan bagi diet harian golongan pesakit buah pinggang tahap 3 & 4 tanpa meninggalkan rawatan sedia ada yang diberikan oleh para doktor.
Apapun jangan terus ambil setengah sudu teh ya, ambil dulu dengan dos 7-11 titis dan pastikan keadaan pengguna sentiasa dipantau. Kemudian tingkatkan penggunaan secara berkala mengikut kesesuaian individu.
Kurangkan pengambilan sodium (garam) dalam makanan termasuklah penggunaan kicap, sos dan lain-lain. Makanan tinggi sodium seperti mee segera, telur masin, ikan masin juga perlu dihadkan terlebih dahulu demi masa depan kesihatan yang lebih baik.
Jom cegah sebelum parah, kita mampu mengubahnya 💪🏻