Cadangan Pemakanan Aafiyat Bagi Pesakit Positif COVID19 (Bergejala)
Cadangan pemakanan aafiyat ini adalah cadangan umum bagi pengguna yang mempunyai gejala seperti batuk, demam dan lemah badan. Ia juga disarankan untuk masalah berkaitan influenza.
1. Apabila tubuh mengalami keradangan (sel dalam badan tercedera), tubuh kita memerlukan khasiat dan nutrisi terutamanya daripada sumber tumbuhan agar tubuh dapat menjalankan fungsinya dengan baik (penambahbaikan sel yang terjejas dll).
2. Maka disamping saranan ini, individu terlibat haruslah memperbanyakkan pengambilan sayuran, buahan serta makanan berkhasiat lain. Pengambilan makanan tinggi garam dan gula juga harus dikawal supaya tidak membebankan tubuh badan.
3. Setiap pengambilan wajib disertakan dengan pengambilan air yang mencukupi kerana air adalah keperluan penting untuk tubuh menjalankan fungsi dengan baik. Sifir mudah yang dicadangkan adalah 25kg = 1 liter air. Maka berat 50kg tubuh perlukan 2 Liter dan begitulah seterusnya.
4. Bagi pengambilan Minyak Habbatus Sauda, dos adalah berbeza mengikut berat badan:
1kg berat = 1 titis Minyak Habbatus Sauda
✅ Contoh berat kanak-kanak 20kg = 20 titis
Bahagikan kepada 2 atau 3 kali sehari
Maka, 20 titis bahagi 3, bersamaan sekitar 7 titis sekali ambil.
Semoga kesihatan bertambah baik dengan usaha dan istiqamah mengamalkan gaya hidup sihat.
Rujukan:
Knowledge Management Department