Apa Kata Pengguna?: Minyak Habbatus Sauda Anti Kulat
“Titikkan BSO 2 kali sehari, dalam 2 hari luka dah kering”
Dalam jurnal perubatan “Egyptian journal of Biochemistry & Molecular Biology” telah mengkaji tentang kesan anti kulat minyak habbatus sauda secara mendalam.
Minyak habbatus mengandungi 3 bahan utama:
📍Thymol
📍Thymoquinone (TQ)
📍Tetrahydroquinone(THQ)
Kajian tersebut mendapati ketiga-tiga bahan ini mempunyai kesan 100% menentang 30 jenis kuman patogen. Kajian ini juga menunjukkan bahawa TQ (thymoquinone) adalah bahan anti kulat yang paling kuat melawan jangkitan kulat di kulit (dermatophyte) dan yis berbanding THQ dan Thymol. Manakala bahan thymol pula baik untuk kulapuk (mold) berbanding TQ dan THQ.
Kajian ini juga menunjukkan minyak habbatus sauda mempunyai bahan fitokimia yang unik yang bersifat anti kulat dan fungal. Ahli sains sedang mengkaji keberkesanan minyak ini untuk melawan ‘kuman super’ (superbug) yang mampu melawan ubat antibiotik.
Rujukan: Taha, M.1 , Abdel Azeiz, A, Z.2 *, Saudi, W.3: Antifungal Effect Of Thymol, Thymoquinone And Thymohydroquinone Against Yeasts, Dermatophytes And Non-Dermatophyte Molds Isolated From Skin And Nails Fungal Infections
Semoga manfaat Minyak Habbatus Sauda ini terus tersebar, inshaAllah. Dapatkan segera daripada ejen-ejen rasmi Olive House seluruh Malaysia🤗