Lemak Tepu Boleh Meningkatkan risiko Sakit Jantung dan Obesiti
Lemak Tepu Boleh Meningkatkan risiko masalah jantung dan obesiti !
Lemak yang mesti dielakkan ialah lemak tepu dari sumber haiwan seperti lemak lembu, kulit ayam dan sebagainya. Lemak jenis ini perlu dikurangkan pengambilannya dalam makanan harian kerana ianya boleh meningkatkan risiko obesiti, masalah jantung dan angin ahmar.
Sebab itu digalakkan semasa kita membersihkan daging sebelum dimasak cubalah seboleh mungkin untuk membuang lemak putih yang kelihatan di daging haiwan tersebut.
Sebaliknya, yang patut diambil ialah lemak tidak tepu dari sumber buah-buahan dan tumbuhan seperti minyak zaitun dan seumpamanya. Ianya berfungsi untuk merendahkan paras kolesterol jahat dan mengekalkan tahap kolesterol baik di dalam badan.
Semoga bermanfaat!