Apa Itu Inch Loss Ketika Berdiet?
APA ITU INCH LOSS KETIKA BERDIET?
Ia merujuk kepada pengurangan ukuran tubuh, terutama ukur lilit pinggang, pinggul, dan paha.
Selalunya dirasakan selepas dua minggu berdiet.
Bagaimana mahu teruskan kehilangan berat badan?
1. Kekalkan Motivasi: Kenali alasan anda ingin menurunkan berat badan. Apa BIG WHY anda? Berusaha untuk mencapai target yang realistik.
2. Kenali Penyebab Berat Badan Berlebihan: Fahami mengapa anda mengalami masalah berat badan. Apakah kerana pola pemakanan, atau kurang aktiviti fizikal, atau faktor lain?
3. Teruskan berdiet dengan ilmu yang betul, Coach yang mudah didekati dan berada dalam kumpulan sokongan: Pertimbangkan diet yang sesuai dengan gaya hidup anda. Misalnya, Intermittent Fasting (IF), dan dikombinasikan dengan Atkins atau Ketogenic.
4. Ambil lebih banyak Sayur dan Protein: Sayur dan protein sihat sangat penting untuk dapatkan penurunan berat badan yang cepat dan selamat.
5. Pastikan minum air secukupnya: Jangan tanya lagi nak minum air apa? Minum air kosong sahaja.
6. Tingkatkan aktiviti fizikal.Banyakkan berjalan sekurang-kurangnya 30 minit sehari atau 5000 langkah sehari.
Ingatlah bahawa INCH LOSS bukan hanya tentang penurunan berat badan, tetapi juga tentang mengurangkan simpanan lemak pada tubuh secara keseluruhan.
Kekal konsisten dan fokus pada tujuan diet anda.