Storytelling 04.05.2021 : Hikmah Puasa Dari Sudut Sains
✨ Aafiyat Open Mic : Hikmah Puasa Dari Sudut Sains
Dalam jurnal Stem Cell & American Journal of Clinical Nutrition, pakar neurosaintis telah mengkaji bahawa puasa dua kali seminggu dapat memberi manfaat kepada pertumbuhan sel-sel otak yang baru.
Sel-sel saraf akan menghantar isyarat kepada DNA untuk menghasilkan sel-sel baru yang sihat dan sel-sel lama dimusnahkan.
Pakar neurosaintis menerangkan tentang mekanisma sel di dalam badan sewaktu kita menahan lapar dan dahaga. Sewaktu kita berpuasa, tenaga dapat dijimatkan kerana sistem penghadaman dapat berehat untuk sekurang-kurangnya 12 jam.
Punyalah happy tubuh kita kan. Ye la, non-stop tau kita makan setiap hari. Mana ada pernah bagi MC kat tubuh untuk rehat tak proses makanan? Betul tak? Bulan Ramadhan ni je la akhirnya dapat rehat 12-14 jam setiap hari.
Pada waktu inilah tenaga yang dijimatkan dapat digunakan oleh DNA untuk menghasilkan sel-sel baru dengan efisyen. Hanya dengan puasa barulah organ pencernaan mendapat rehat. Tujuan puasa antara yang terzahir memang nak manusia berlapar untuk membolehkan tubuh berehat.
Begitulah manfaatnya berpuasa dua kali seminggu, atau dalam erti kata lainnya puasa sunat pada hari Isnin dan Khamis. Apatah lagi puasa sebulan di bulan Ramadhan, bulan yang penuh barokah.
Antara pemakanan yang sangat-sangat membantu kita kekal bertenaga ketika berpuasa ialah dengan mengamalkan minyak zaitun & kurma serta minum air secukupnya.
Minyak zaitun adalah kategori lemak yang baik. Kaya nutrisi & memberi tenaga. Ingat! 1gm lemak mampu memberi sehingga 9 kalori berbanding karbohidrat hanya 4 kalori.
Tak percaya? Cubalah dan kemudian ayuh kita sebarkan kebaikannya, InsyaAllah.
Minyak Zaitun juga memberi sumber tenaga yang bersih (clean energy) tanpa menghasilkan radikal bebas dan tidak membebankan sistem pencernaan untuk bekerja keras memproses.
Apa yang telah diajarkan oleh Nabi Muhammad SAW pasti ada manfaatnya. Kan?
Sama-sama kita amalkan gaya hidup Aafiyat !
#Olivehouse
#KasihRamadhan
#AafiyatLifestyle