Info Aafiyat: Tips Selamat Menggunakan Kit Ujian Kendiri
Jika anda bergejala atau ada kontak rapat kepada positif Covid-19, anda boleh melakukan ujian menggunakan Kit Ujian Kendiri.
Kit Ujian Kendiri Covid-19 ini boleh dilakukan sendiri oleh individu. Ia bertujuan untuk mengesan status Covid-19 dengan mudah dan cepat.
Kit ujian ini boleh didapati di farmasi ataupun fasiliti kesihatan swasta berdaftar dengan harga yang mampu milik.
Rujuk infografik bagi mengetahui langkah yang perlu diambil sebelum, semasa dan selepas penggunaan Kit Ujian Kendiri.
_Sumber: Kementerian Kesihatan Malaysia_