Info Aafiyat : Pantau Pemakanan Anak-anak Untuk Elakkan Kebantutan
‘Malaysia mencatatkan angka 20.7% kadar kebantutan di kalangan kanak-kanak dan nilai ini lebih mengungguli berbanding hanya 7.4% di Tebing Barat & Gaza yang dibelenggu konflik keganasan’. - (Sumber : UNICEF / WHO / World Bank Group)
Menurut Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO), masalah kebantutan bukan semata-mata berkaitan masalah ketinggian, tetapi ia juga satu petanda kepada tahap kesihatan yang berpunca daripada malnutrisi dan juga jangkitan berulang kali.
Malnutrisi dikaitkan dengan berlebihan atau kekurangan pengambilan makanan seimbang secara harian oleh individu atau populasi, contohnya di kalangan kanak-kanak sekolah juga remaja.
Mereka berada dalam situasi ‘malnourished’. Terutamanya banyak mengambil makanan berproses dalam menu makanan harian dan situasi ini juga bakal melemahkan Sistem Imuniti badan.
Oleh itu, dalam situasi ‘lockdown’ sekarang ini, sila lah pantau jadual pemakanan seisi keluarga agar dapat mengatasi situasi ini daripada berlarutan dan menjadi semakin parah.
Dengan pengambilan Nutrien seperti Vitamin, Mineral dan Sebatian Polifenol dalam makanan harian insyaAllah akan memberikan impak positif kepada perkembangan anak-anak dan ke arah kehidupan yang lebih sihat.
Madu Asli yang dihasilkan secara semulajadi (bonus jika Multiflora) mengandungi jaringan Vitamin, Mineral dan Sebatian Polifenol.
Cuba amalkan pengambilan Madu Asli ini 1 sudu teh setiap hari yang dimakan secara terus di awal pagi sebelum anak-anak menjalani PDPR (Pengajaran dan Pembelajaran di Rumah).
Dapatkan Madu dari Pergunungan Kyrgyzstan daripada ejen-ejen rasmi Olive House sekarang.
Selamat mencuba ! 🤗