Bingkisan Jumaat: Mustajab Berdoa Sebelum Berbuka Puasa
Ramadan disifatkan sebagai bulan yang sangat istimewa, penuh keberkatan, rahmat serta terhidang dengan berbagai jenis tawaran-tawaran dan keistimewaan buat umat Islam.
Banyak ganjaran yang boleh boleh kita dapat di bulan mulia ini, antaranya berdoa sebelum berbuka puasa. Namun, masih ramai yang terlepas akan peluang ini dek kerana terlalu leka menonton televisyen, membelek-belek telefon bimbit, sedar-sedar waktu berbuka sudah pun tiba sehingga tidak sempat berdoa. Allahu Akbar rugi rasanya.
Daripada Abdullah bin ‘Amr ra berkata bahawa Nabi saw bersabda:
إِنَّ لِلصَّائِمِ عِنْدَ فِطْرِهِ لَدَعْوَةً مَا تُرَدُّ
Maksudnya: “Sesungguhnya bagi orang yang berpuasa itu ketika dia berbuka mempunyai doa yang tidak akan ditolak”.
[Riwayat Ibn Majah (1753)]
Subhan Allah, betapa besarnya ganjaran buat mereka yang berpuasa kemudian berdoa sebelum berbuka. Allah swt tidak akan menolak doa tersebut.
Jadikan Ramadan kali ini dengan banyakkan berdoa. Mari bersama, luangkan masa sebelum berbuka puasa untuk menadah tangan berdoa kepada yang Maha Esa.🤲