CW 28.06.2021 : Resepi Sarapan Aafiyat
✨ Menu Aafiyat : Resepi Sarapan Aafiyat
Dah mula bosan ke dengan menu sarapan yang sama setiap hari?
Musim ‘lockdown’ ni, kita pun tak kuasa nak kerap keluar rumah.
So, makan ja la apa yang ada dalam stok makanan di rumah.
Ada ke yang dah bosan dengan menu sarapan yang mungkin nasi lemak, bihun goreng tak pun cekodok?
Anak-anak pulak bukan ‘sporting sokmo’ makan apa yang tersedia dihidang..
Ok, jom kita ‘modified’ sikit menu kebiasaan yang kita sediakan.
✅ Sediakan dua (2) keeping Roti Wholemeal (nak bakar seketika guna ‘toaster’ pun boleh)
✅ Sapukan Madu asli di atas roti tadi
✅ Letakkan telur yang telah dimasak (separuh masak)
✅ Titiskan minyak habbatussauda di atas telur tadi
✅ Tutupkan hidangan tadi dengan 1 keping roti lagi
Sedia di ngap!
Telur separuh masak mengandungi lemak sihat jenis fosfolipid yang sangat bermanfaat utk minda yang aktif dan cekap menafsir maklumat.
Madu asli pula berperanan ‘support immune system’ dalam bekerja dengan lebih cemerlang dengan kebaikan semulajadi di dalamnya.
Minyak Habbatussauda mengandungi Thymoquinone yang berperanan sebagai Anti Keradangan dan bantu mengurangkan keterukan gejala-gejala yang dihidapi pesakit COVID 19.
Jom cuba resepi lazat, berkhasiat dan nutrisi padat ini!