Info Aafiyat: Kekal Sihat Selepas Aidilfitri
Syawal tahun ini disambut meriah oleh seluruh muslimin & muslimat di Malaysia. Mau tidaknya, sudah 2 kali raya kita tak dapat sambut disebabkan arahan PKP kan.
Pada 1 April Malaysia telah pun memasuki fasa peralihan endemik. Solat di masjid pun dah boleh rapat dan ada masjid yang tiada kenakan arahan bawa sejadah sendiri lagi. Solat rapat saf berlaga bahu seperti keadaan sebelum wujudnya covid. Alhamdulillah.
Pemakaian pelitup muka masih lagi belum ditarik dari SOP. Namun berita 24 April lepas menjelaskan sekiranya nilai kebolehjangkitan (R-naught atau RO) Covid-19 di bawah 1 iaitu 0.81 bagi seluruh nagara akan menjadikan pemakaian pelitup muka sudah tidak lagi relevan. Sama-sama kita doakan agar kita dapat kembali hidup seperti zaman sebelum hadirnya covid.
Namun, dalam kemeriahan kita menyambut syawal ini, tetaplah untuk menjaga pemakanan. Kita tak mahu jatuh sakit sebab terlalu banyak ambil makanan yang menyebabkan keradangan sehingga menurunkan imuniti tubuh dan akhirnya menyebabkan mudah diserang virus.
Raya-raya juga, sama-samalah kita amalkan gaya hidup Aafiyat.🤗
Rujukan: https://www.utusan.com.my/berita/2022/04/tidak-perlu-wajibkan-pelitup-muka/