• Login
  • Register
Related Topics
Aafiyat Lifestyle: Bila Raya Berat Badan Naik? OH TIDAK! Tips Elakkan Berat Badan Naik Di Hari Raya
Tips Aafiyat: Tips Bersenam Selepas Hari Raya Aidilfitri
Aafiyat Sharing: 7 Panduan Meraikan Tetamu Secara Sihat di Hari Raya
Phenoliv: Let’s CHANGE NOW!
Info Aafiyat: Bila Nak Mula Kalau Bukan Sekarang? Change Now
Tags:
copywriting
change now
raya

Info Aafiyat: Kekal Sihat Selepas Aidilfitri

 

Syawal tahun ini disambut meriah oleh seluruh muslimin & muslimat di Malaysia. Mau tidaknya, sudah 2 kali raya kita tak dapat sambut disebabkan arahan PKP kan.

Pada 1 April Malaysia telah pun memasuki fasa peralihan endemik. Solat di masjid pun dah boleh rapat dan ada masjid yang tiada kenakan arahan bawa sejadah sendiri lagi. Solat rapat saf berlaga bahu seperti keadaan sebelum wujudnya covid. Alhamdulillah.

Pemakaian pelitup muka masih lagi belum ditarik dari SOP. Namun berita 24 April lepas menjelaskan sekiranya nilai kebolehjangkitan (R-naught atau RO) Covid-19 di bawah 1 iaitu 0.81 bagi seluruh nagara akan menjadikan pemakaian pelitup muka sudah tidak lagi relevan. Sama-sama kita doakan agar kita dapat kembali hidup seperti zaman sebelum hadirnya covid.

Namun, dalam kemeriahan kita menyambut syawal ini, tetaplah untuk menjaga pemakanan. Kita tak mahu jatuh sakit sebab terlalu banyak ambil makanan yang menyebabkan keradangan sehingga menurunkan imuniti tubuh dan akhirnya menyebabkan mudah diserang virus.

Raya-raya juga, sama-samalah kita amalkan gaya hidup Aafiyat.🤗

Rujukan: https://www.utusan.com.my/berita/2022/04/tidak-perlu-wajibkan-pelitup-muka/

Try visit other page: Aafiyat2u, Olive House, or Aafiyat Mall
  • Home
  • About
  • Directory
  • Dictionary